Monday, October 12, 2009

Lawatan 1 Malaysia (7 - 10 Oct 2009)

Lawatan 1 Malaysia.

Seramai 16 orang pelajar dari Sk St John telah dipilih untuk mengikuti Lawatan 1 Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran pada 7 Okt hingga 10 Okt. Pelajar-pelajar ini berpeluang untuk melancong ke Bandaraya Kuching dan melawat pelbagai tempat pelancongan yang menarik.

Seramai 8 pelajar dari Tahun 5, 7 pelajar dari Tahun 4, dan seorang lagi pelajar dari Tahun 6 telah bertuah dipilih untuk mengikuti lawatan ini. Guru yang turut mengikuti lawatan ini ialah Cikgu Bau Richard dan Cikgu Wan Bujang.

Walaupun namanya Lawatan 1 Malaysia, tetapi destinasi lawatan hanya terhad pada Kuching satu bandar sahaja. Mungkin nama ditukar kepada Lawatan 1 Kuching boleh dipertimbangkan. (Just Kidding)



Isi perut dulu sebelum aktiviti seterusnya.

Budak yang bercita-cita nak jadi polis??

Bersama-sama pelajar dari sekolah lain.


Berada di Muzium Kucing.

Semua murid Sk St John dan Cikgu Bau.

Makan aiskrim pada cuaca yang panas, ermmm.... enak!!

No comments:

Post a Comment