Saturday, October 17, 2009

Hari Sukan - Hari Kedua Sebelah Pagi (16/10/09)

Hari sukan bertambah meriah pada hari kedua dengan kehadiran kebanyakan ibu bapa, orang-orang kampung kawasan Ulu Layar, dan En. Tony Malang ak Chabu, Pegawai Penyelaras Parlimen JASA P.204 Betong.

Sekolah dipenuhi warga-warga Ulu Layar sebelum pukul 9 pagi, menanti-nantikan ketibaan En. Tony Malang untuk perasmian sukan, dan menyaksikan kejohanan sukan tahunan ini. Walaupun berlaku sedikit masalah pada PA sistem di mana hanya 1 Mic yang berfungsi dan satu lagi mogok, tetapi berjaya diatasi sebelum majlis perasmian. Ini adalah atas jasa En. Ahmad Zaidi dan beberapa cikgu yang cuba memanjangkan jangka hayat Mic tersebut.

Setiba pukul 8, semua cikgu, staf, murid, Exco PIBG telah pun berada pada tempatkerja sendiri untuk persediaan perasmian nanti. Antaranya termasuklah penyusunan PA sistem & kerusi meja di Grandstand, penyusunan laluan untuk perbarisan lintas hormat dan pentas obor di padang, penyolekan para penari untuk persembahan, penyediaan makan malam di dapur, dan pihak atasan pula menunggu di jalan masuk sekolah untuk menyambut ketibaan En. Tony Malang.

Perasmian dimulakan dengan perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan, dan nyanyian "Negaraku" dan "Ibu Pertiwiku". Selepas ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan 1, En Adi Spaiee; diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En.Tony Malang. Temasya sukan dihangatkan dengan bacaan ikrar dan penyalaan obor dimana obor dipegang oleh Adik Basik ak Jimbon & Adik Suria Minut ak Jubang. Dan akhir sekali sebelum acara pertandingan bermula, padang dimeriahkan dengan persembahan Tarian Poco-poco oleh pelajar ahli Kelab Kebudayaan.

Antara acara yang dipertandingkan pada sebelah pagi ialah 200M, 4x100M, 4x200M untuk semua kategori. Acara sepak takraw juga dimulakan pada sebelah pagi memandangkan masih terdapat banyak pelawanan yang perlu dilalui sebelum pelawanan akhir pada sebelah petang. Manakala acara 100M & Lontar Peluru Terbuka dibatalkan kerana tidak ada pemain yang berdaftar.

Pada lebih kurang 11.30am, acara padang telah pun selesai. Johan pada tahun ini dimenangi oleh Rumah Perkasa (Merah), naib johan ialah Rumah Satria (Biru), tempat ketiga ialah Rumah Wira (Hijau), manakala tempat terakhir ialah Rumah Waja (Kuning).

Murid tunggu di hujung padang untuk perbarisan lintas hormat nanti..

Juruteknik eletrik & eletronik lulusan tadika sedang membaiki Mic yang tidak berfungsi.

Juruacara sukan >>> Cikgu Salleh

Perbarisan lintas hormat...rombongan bendera warna-warni, yang mewakili warna bendera Malaysia dan Sarawak.

Keseluruhan murid yang terlibat dalam perbarisan dan juga sukan nanti.

Bacaan ikrar oleh Adik Basik ak Jimbon

YB En. Tony Malang menyalakan obor.

Tempat letak obor...

Tarian Poco-poco..

Keadaan di dapur....

Penyampaian hadiah oleh VIP.

Video: 200M Lelaki B



Video: 200M Perempuan B

No comments:

Post a Comment