Thursday, October 29, 2009

Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 betolak hari ini

Murid-murid Tahun 6 yang menyertai Lawatan Sambil Belajar 2009 telah bertolak pada awal pagi ini. Mereka akan melawat ke Bandaraya Kuching selama 4 hari 3 malam. Seramai 23 orang murid dan 10 staf yang mengikuti lawatan kali ini.

Guru dan staf yang mengiringi lawatan ini termasuklah Cikgu Uding, Cikgu Elizabeth, Cikgu Johnathan, Cikgu Doria, En. Wan Malek, En. Ahmad Zaidi, En. Aris, Pn. Norasila, Cik Sarimah, dan Cik Laura.

Wednesday, October 28, 2009

Kem 1 Malaysia

Seramai 27 orang pelajar dari SK St John telah menyertai Kem 1 Malaysia di Kabong, Saratok pada hari ini. Mereka terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan yang terpilih dari Tahun 4 & Tahun 5.

Kem ini adalah anjuran pihak kementerian dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, dan akan berlangsung pada hari ini (28/10/2009) sehingga hari Sabtu (31/10/2009). Murid-murid telah bertolak dari sekolah pada pukul 12 tengah hari, dan akan melapor diri di sana selepas pukul 2 petang.

Guru pengiring untuk kem ini ialah Cikgu Dunstan dan Cikgu Wan Norulhuda. Ini bermakna mereka tidak dapat mengikuti Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 yang akan bertolak pada besok pagi.

Tuesday, October 27, 2009

1 dead, 2 missing, 19 safe after falling into Sg Kampar, Perak

One girl is dead, two pupils are still missing and nineteen have been found safe after 22 students fell into Sungai Kampar at Perak.

The pupils, on a camping trip, tumbled into the river when the suspension bridge they were crossing broke near Kuala Dipang, Kampar, at about 10pm on Monday.


The dead girl was identified as Dina Deve Nathan, 11, from SK Tamil Mambang Diawan. Rescuers found her at Kampung Pasir, about 2km downstream from the broken bridge, at about 8.40am Tuesday. Her body was sent to the Kampar Hospital.

The pupils were among 298 from 60 primary schools from Kampar, Tronoh and Batu Gajah who were attending a 1Malaysia Camp co-curriculum activity organised by the Kinta Selatan District Education Department there.


News from: http://thestar.com.my, updated Tuesday October 27, 2009 MYT 3:35:42 pm

Our school's students also will attend the 1Malaysia Camp at Kabong, Saratok from 28 Oct - 31 Oct 2009 (Wed - Sat). The safety should always be the important part during outdoor activities or programme, both teacher n student themselves must take care each others and be careful all the time.

Monday, October 26, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Peperiksaan akhir tahun 2009 telah bermula pada hari ini untuk tempoh 2 minggu. Tarikh perperiksaan adalah seperti berikut:

1) 26/10/2009 (Isnin)
2) 27/10/2009 (Selasa)
3) 02/11/2009 (Isnin)
4) 03/11/2009 (Selasa)

Jadual diatur demikian kerana terdapat KEM 1 MALAYSIA untuk Tahun 4 & Tahun 5 yang bermula pada hari Rabu; dan Lawatan Sambil Belajar untuk Tahun 6 juga akan berangkat pada hari Khamis ini.

Walaupun sekarang ialah minggu exam, tapi budak-budak masih berkeliaran di padang sekolah pada sebelah petang, malam juga tidak kelihatan mereka ulangkaji. Mungkin mereka memang selalu bersedia untuk peperiksaan, atau tidak menganggap exam itu sesuatu yang penting...

Inilah perbezaan, budak-budak di kawasan kampung berbanding dengan budak kawasan bandar yang selalu sibuk dengan ulangkaji atau tuition.

Wednesday, October 21, 2009

Govt directs SKMM to investigate high cost of IT services

The Government has directed the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) to study the reasons behind the high cost of providing Information Technology (IT) services in the country.

Information, Communications, Culture and Arts Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said there were numerous complaints on how expensive it was to obtain IT services here, while the quality -- particularly connection availability and speed -- was not up to expectation.

The Government would also like to know why the cost for IT services is high in Malaysia. Consumers’ main grouse is that they are charged more compared with users in other countries but the quality of service is not up to mark.


Rais said SKMM must also see to it that providers deliver what they promised consumers, adding that if a provider promised Internet surfing speeds of 10Mb (megabits) per second, the public should not be experiencing a “slow as tortoise service at one or two megabits.”


He said providers whose services failed to meet expectation must be dealt with, adding this was where the Commission, as the enforcement authority, should play its role to ensure the public was not shortchaged
.

Rais said efforts must be taken to close the digital gap between rural and urban areas, adding that fixed telephone line providers must expedite the laying of optical fibre cables so that people in districts and kampungs (villages) could also enjoy Internet service.


"Not only the internet service from private providers does not up to expectation, the internet connection speed at this school also kinda terrible, especially during office hour."

Tuesday, October 20, 2009

Teaching of Science and Maths in BM for Year One could begin in 2011

The Education Ministry is looking into the possibility of implementing the teaching of Science and Mathematics in Bahasa Malaysia for Year One students beginning 2011, a year ahead of schedule.

Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said this would depend on several factors including the adequacy of teachers, how soon the new curriculum could be drafted and whether the text books for Science, Mathematics and English would be ready by next year.

Saturday, October 17, 2009

Hari Sukan - Hari Kedua Sebelah Malam

Jennarino Jeraki !!!

Malam ini merupakan kemuncak hari sukan kerana Jennarino Jeraki atau lebih dikenali sebagai JJ telah datang ke Sk St John untuk membuat persembahan. Pada pukul 7 malam, orang ramai mula memasuki kelas / dewan makan. Sebanyak 52 meja yang terbuka untuk penjualan tiket penuh dengan tetamu dalam sekelip mata. Orang ramai yang tiada tiket masuk terpaksa berada di luar kelas. Dijangka lebih 700 penduduk telah berkumpul di kawasan sekolah.

YB
En. Robert Lawson Chuat ak Vincent Entering, ADUN N.32 Bukit Saban, dan rombongannya sampai sekolah pada lebih kurang pukul 8 malam. Majlis dimulakan dengan nyanyian "Negaraku" & "Ibu Pertiwiku", bacaan doa dan diikuti oleh ucapan aluan dari Pn. Alek Umping, Yang Dipertua PIBG Sk. St. John. Selepas itu ialah ucapan dari Guru Besar Sk. St. John, En. Stephen Lansing. Guru besar yang sedang mengikuti pelajaran di Kota Samarahan sempat juga balik sini untuk menghadiri majlis malam ini.

Kemudian ialah ucapan perasmian makan malam
& penutupan rasmi sukan tahunan oleh YB En. Robert Lawson Chuat. Beliau juga membawa berita baik untuk sekolah dan penduduk sekawasan, di mana beliau menderma RM 10,000.00 untuk PIBG sekolah dan RM 15,000.00 untuk Gereja St. john. Selepas itu, beliau juga menyampaikan hadiah & piala untuk pemenang bola sepak terbuka dan sepak takraw terbuka.

Semasa ucapan YB, penghibur undangan iaitu Jennarino Jeraki & Band telah pun sampai di majlis & bersedia untuk persembahannya. Selain JJ & Bandnya yang bernyanyi pada malam itu, lagu sponser juga terbuka untuk orang ramai yang berada dalam majlis itu. Wang yang dapat dari lagu sponser akan dimasukkan pada akaun PIBG untuk kegunaan sekolah. Semasa sesi menyanyi mula, pintu masuk telah ditutup kerana hanya orang yang mempunyai tiket makan malam atau tiket konsert sahaja yang boleh masuk untuk menyaksikan persembahan JJ. Orang ramai yang tidak mempunyai tiket atau tidak sanggup membeli tiket terpaksa berdiri di luar kelas untuk mendengar suara nyayian sahaja.


Majlis bersurai pada jam 5 pagi.



Pekerja dari band sedang menyediakan peralatan untuk konsert nanti.

Ketibaan YB di majlis makan.

YDP PIBG, Pn. Alek Umping berucap...

Guru Besar, En. Stephen Lansing berucap...

YB En. Robert Lawson Chuat berucap...

Jennarino Jeraki...

Orang ramai yang tidak mempunyai tiket terpaksa berdiri di luar tingkap untuk menyaksikan persembahan penyanyi famous itu.

Selepas makan......

Hari Sukan - Hari Kedua Sebelah Petang (16/10/09)

Pada sebelah petang, padang dan sekeliling sekolah dipenuhi oleh orang-orang kampung, ada yang datang untuk menyaksikan pelawanan bola sepak & sepak takraw, ada pula yang datang menunggu majlis makan malam.

Kawasan sekolah mula dipenuhi oleh remeja, kebanyakan mereka baru pulang dari asrama sekolah, mereka merupakan bekas pelajar SK St John dan sekarang merupakan pelajar SMK Ulu Layar.

Dapur merupakan tempat yang paling sibuk, sebab perlu menyediakan makanan yang banyak dalam masa yang terhad.

Pasukan bola sepak sekolah, Hai O FC, yang terdiri daripada guru, staf dan beberapa orang kampung telah berjaya memasuki pelawanan akhir selepas menewaskan SMK Ulu Layar pada separuh akhir. Dan pada pelawanan akhir yang berlangsung pada 5.30pm, Hai O FC bertemu lagi dengan pasukan yang menewaskan pasukan sekolah pada pusingan pertama. Semangat untuk menang membara di hati pemain-pemain pasukan. Akhirnya, pasukan sekolah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan mata 3-0. Tahniah diucapkan! Kejohanan ini juga amat bermakna bagi pasukan sekolah setelah banyak kali tewas pada tahun-tahun yang lepas.


Pelawanan bola sepak sedang berlangsung.

Makanan sudah dihidang pada meja-meja makan.

Pentas juga selesai dihias..

Berlaku sedikit perselisihan faham antara 2 pasukan semasa pelawanan separuh akhir yang kedua. Anggota RELA segara masuk ke padang untuk menghalang mereka daripada berlaku pergaduhan yang tidak diingini.

Pada pukul 5 petang, para penari telah berkumpul di Pusat Sumber untuk menukar pakaian dan bersolek.

Video: Aksi masuk gol (Penalty)

Hari Sukan - Hari Kedua Sebelah Pagi (16/10/09)

Hari sukan bertambah meriah pada hari kedua dengan kehadiran kebanyakan ibu bapa, orang-orang kampung kawasan Ulu Layar, dan En. Tony Malang ak Chabu, Pegawai Penyelaras Parlimen JASA P.204 Betong.

Sekolah dipenuhi warga-warga Ulu Layar sebelum pukul 9 pagi, menanti-nantikan ketibaan En. Tony Malang untuk perasmian sukan, dan menyaksikan kejohanan sukan tahunan ini. Walaupun berlaku sedikit masalah pada PA sistem di mana hanya 1 Mic yang berfungsi dan satu lagi mogok, tetapi berjaya diatasi sebelum majlis perasmian. Ini adalah atas jasa En. Ahmad Zaidi dan beberapa cikgu yang cuba memanjangkan jangka hayat Mic tersebut.

Setiba pukul 8, semua cikgu, staf, murid, Exco PIBG telah pun berada pada tempatkerja sendiri untuk persediaan perasmian nanti. Antaranya termasuklah penyusunan PA sistem & kerusi meja di Grandstand, penyusunan laluan untuk perbarisan lintas hormat dan pentas obor di padang, penyolekan para penari untuk persembahan, penyediaan makan malam di dapur, dan pihak atasan pula menunggu di jalan masuk sekolah untuk menyambut ketibaan En. Tony Malang.

Perasmian dimulakan dengan perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan, dan nyanyian "Negaraku" dan "Ibu Pertiwiku". Selepas ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan 1, En Adi Spaiee; diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En.Tony Malang. Temasya sukan dihangatkan dengan bacaan ikrar dan penyalaan obor dimana obor dipegang oleh Adik Basik ak Jimbon & Adik Suria Minut ak Jubang. Dan akhir sekali sebelum acara pertandingan bermula, padang dimeriahkan dengan persembahan Tarian Poco-poco oleh pelajar ahli Kelab Kebudayaan.

Antara acara yang dipertandingkan pada sebelah pagi ialah 200M, 4x100M, 4x200M untuk semua kategori. Acara sepak takraw juga dimulakan pada sebelah pagi memandangkan masih terdapat banyak pelawanan yang perlu dilalui sebelum pelawanan akhir pada sebelah petang. Manakala acara 100M & Lontar Peluru Terbuka dibatalkan kerana tidak ada pemain yang berdaftar.

Pada lebih kurang 11.30am, acara padang telah pun selesai. Johan pada tahun ini dimenangi oleh Rumah Perkasa (Merah), naib johan ialah Rumah Satria (Biru), tempat ketiga ialah Rumah Wira (Hijau), manakala tempat terakhir ialah Rumah Waja (Kuning).

Murid tunggu di hujung padang untuk perbarisan lintas hormat nanti..

Juruteknik eletrik & eletronik lulusan tadika sedang membaiki Mic yang tidak berfungsi.

Juruacara sukan >>> Cikgu Salleh

Perbarisan lintas hormat...rombongan bendera warna-warni, yang mewakili warna bendera Malaysia dan Sarawak.

Keseluruhan murid yang terlibat dalam perbarisan dan juga sukan nanti.

Bacaan ikrar oleh Adik Basik ak Jimbon

YB En. Tony Malang menyalakan obor.

Tempat letak obor...

Tarian Poco-poco..

Keadaan di dapur....

Penyampaian hadiah oleh VIP.

Video: 200M Lelaki B



Video: 200M Perempuan B

Thursday, October 15, 2009

Hari Sukan - Hari Pertama Sebelah Malam

Aktiviti malam ini ialah karaoke lagu sponser..

Menolong menghiaskan pentas..


Exco PIBG menghiaskan grandstand untuk perasmian esok.

Karaoke...dengan lagu sponser..

Hari Sukan - Hari Pertama Sebelah Petang

Ketua AJK Bola Sepak Terbuka dan pengurus-pengurus pasukan membincangkan cara pelawanan yang patut digunapakai bersama pengurus pasukan, kerana hanya terdapat 6 pasukan yang mangambil bahagian.

Cabutan undi untuk menentukan perlawanan. (bola sepak)

Para penonton....

Pertandingan bola sepak terbuka, pelawanan pertama...

Aksi hebat pemain-pemain sepak takraw...

Gerai PIBG...nampaknya tak ada business..

Baju kuning ialah pasukan staf sekolah, akhirnya kalah 0-2 dalam pelawanan pertama. (nasib baik bukan kalah mati, masih ada peluang untuk masuk pelawanan akhir)

Persediaan untuk Makan Malam

Untuk majlis makan malam besok, dinding-dinding bilik darjah telah dibuka untuk menjadi dewan makan yang besar...

Membina pentas ucapan & karaoke.




Menguji pakaian tarian...


Budak-budak terpaksa mengangkat air untuk dewan makan selepas sukan, just because of no water...kemarau....

Keadaan di dapur...

Hari Sukan - Hari Pertama Sebelah Pagi

Hari sukan tahunan Sk. St. John yang dinanti-nantikan telahpun bermula pada hari ini dengan cuaca yang cerah. Murid-murid telah bersedia tunggu di padang pada awal-awal pagi sebelum 7.3pm. Antara acara yang berlangsung pada pagi ini adalah Lompat Jauh untuk semua kategori, Lompat Tinggi untuk semua ketegori, Lontar Peluru untuk semua ketegori, 60 M & 100 M untuk semua ketegori. Para ibu bapa dan penduduk setempat juga datang ke sekolah untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Beberapa gerai telah mula berniaga pada hari ini juga bersempena hari sukan yang meriah ini.


Padang lontar peluru di depan dan lompat jauh di belakang..

Padang lompat tinggi...

Aksi-aksi oleh atlit >>> lompat tinggi

Aksi-aksi oleh atlit >>> lontar peluru

Tak tahu apa yang dua cikgu ini sembang, mungkin tidak puas hati dengan pestasi atlit rumah sukan mereka...

Another great action captured by cameraman...

...entah apa-apa lah...

Sedang kira markah. (Cik Laura & Pn. Norasila)

Juruacara >>> Cik Wan Norulhuda

Pandangan dari grandstand..

Security Guard...

Tajuk Video: Aksi lompat tinggi.


Tajuk Video: 100M Lelaki A


Tajuk Video: 100M Perempuan A