Saturday, March 27, 2010

Gotong-Royong 27/03/2010

Satu gotong-royong yang melibatkan pihak PIBG telah diadakan pada hari ini. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membuat tandas di pra-sekolah dan meneruskan kerja pembinaan dump air. Rumah panjang yang terlibat untuk gotong-royong kali ini ialah RH Nanga Tiga, RH Penyuluk, & RH Nanga Mutok.

Pada awal pagi, pelajar diarahkan untuk membersihkan kipas asrama dan mengutip sampah di sekeliling sekolah.

Selepas itu, pelajar disuruh membersihkan kawasan pelupusan sampah. Ini kerana pelajar selama ini jarang membuang sampah betul-betul di kawasannya.

Pelajar disuruh membersihkan jalan yang menuju ke kawasan pelupusan sampah.

Kemudian, pelajar lelaki diminta mengangkut pasir dan batu dari sungai, untuk membina jalan ke kawasan pelupusan sampah. Semua pelajar yang terlibat selepas itu dibelanja air Cola oleh waden.

Untuk ibu bapa, sebahagiannya dibahagikan kerja untuk membina sebuah tandas untuk pra-sekolah. Stor dalam bilik pra diubahsuaikan sebagai tandas, ini akan memudahkan pelajar pra-sekolah supaya tidak perlu jalan ke tandas pelajar yang agak jauh dari bilik pra.

Para bapa membuat konkrit simen manakala para ibu mengangkut konkrit tersebut ke tandas baru...

*Tiada gambar untuk keadaan gotong-royong di dump air kerana tempatnya jauh dari sekolah, tetapi sana melibatkan lebih banyak para ibu bapa kerana ia merupakan projek yang besar.

Kem Pengawas - Hari Terakhir (26/03/2010)

Ucapan & Bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas.

Ucapan aluan oleh PK HEM, En Hj Salleh Hj Ismail; serta ucapan Perasmian & Penutupan Kem Kepimpinan Pengawas oleh PK 1, En Adi Spaiee.

1. PK HEM, En Hj Salleh hj Ismail menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang dalam Kategori Kerjasama & Kebersihan Khemah, serta kumpulan juara keseluruhan dalam pelbagai pertandingan.
2. PK 1, En Adi Spaiee menyampaikan sijil penyertaan kepada semua pengawas.

Friday, March 26, 2010

Earth Hour 2010 - Padamkan Lampu Kediaman Anda


Untuk maklumat lanjut, sila layari link berikut:
1. http://www.earthhour.org/
2. http://ehm.my/


Kem Pengawas - Hari Kedua (25/03/2010 - Petang & Malam)

Ceramah 2: Perkembangan Psikososial Dan Seksualiti Remaja, Pertolongan Cemas.
Penceramah: En Borody Jumali, Penolong Pengawai Kesihatan, dari Klinik Kesihatan Nanga Tiga

Pertunjukan cara pertolongan cemas.

Pembinaan unggun api untuk malam nanti...

Kem Pengawas - Hari Kedua (25/03/2010-Pagi)

Aktiviti pada sebelah pagi...

Perhaisan khemah...

Ceramah 1: Kepimpinan & Motivasi
Penceramah: En Philip Ak Galang, Pegawai dari PPD Betong (Unit Bimbing & Kuanseling)

Permainan pertama yang diatur oleh Penceramah...

Permainan berkumpulan... Memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk menang.





Penyampaian cenderamata oleh PK1, Cikgu Adi Spaiee.

Pelupusan Buku Teks


Thursday, March 25, 2010

Kem Pengawas - Hari Pertama (24/03/2010 - Malam)

Ice breaking....

Dalam Khemah....

Taklimat oleh Penyelia Asrama, En Wan Malek...

Bertukar-tukar menjaga kawasan kem. Dibahagi kepada 4 kumpulan...

Align CenterKem didirikan di padang sekolah. Terdapat 5 khemah, 2 untuk pelajar lelaki, 2 untuk pelajar perempuan, & 1 untuk urusetia. Khemah ini merupakan khemah 1Malaysia yang dipinjam dari Pejabat Pelajaran Daerah.

Kem Pengawas - Hari Pertama (24/03/2010)

Kem Kepimpinan Pengawas sesi 2010 bermula pada hari ini... PPM, En Aris & En Zaidi, & Pakcik sekolah, En Mawan mendirikan kem pada sebelah pagi...

Pendaftaran pengawas masuk kem...

Seramai 21 pengawas (10 lelaki & 11 perempuan) telah mengikuti kem kali ini...

Aktivit riadah... senaman petang....

Berdoa sebelum makan & minum....

Wednesday, March 24, 2010

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah - Hari Kedua

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah pada hari kedua melibatkan pelajar Tahun 6 dan pelajar pra-sekolah.


Pelajar pra-sekolah hanya menyukat berat & tinggi sahaja...

Tuesday, March 23, 2010

Kem Pengawas - Persediaan

Kem Kepimpinan Pengawas 2010 akan bermula besok (24/03/2010). Pakcik sekolah sedang membina kem pentas / pusat operasi.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah - Hari Pertama

Suntikan jarum... hampir semua pelajar menakutinya.

Perkhidmatan kesihatan sekolah (School Heath Services) telah berlangsung pada hari ini untuk Tahun 1 dan Tahun 2. Ia dilaksanakan oleh pegawai kesihatan dari Klinik Nanga Tiga, Ulu Layar.


Satu suntikan untuk Tahun 2 manakala tiga suntikan untuk Tahun 1. Tetapi hanya 2 suntikan yang dibuat pada hari ini untuk Tahun 1, dan satu lagi suntikan akan diadakan pada minggu depan.

Selain suntikan, mereka juga mengukur ketinggian dan menimbang keberatan pelajar, dan pemeriksa




Pelajar Tahun 1 menonton TV untuk melegakan perasaan takut sebelum suntikan, dan melegakan perasaaan sakit selepas suntikan. Hanya 1 budak yang menanggis...

Monday, March 22, 2010

World Water Day : Clean Water for a Healthy World


Today is World Water Day. Please help save the uses of water for our future.

UN-Water has chosen ''Clean Water for a Healthy World" as theme for World Water Day 2010. The overall goal of the World Water Day on 22 March 2010 campaign is to raise the profile of water quality at the political level so that water quality considerations are made alongside those of water quantity.

For more details, please visit to the links below:

1. worldwaterday.org
2. unwater.org

Masa BM & BI ditambah pada 2011

Kabinet bersetuju masa pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditambah di sekolah rendah dan menengah selaras dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.

Sila melayari link berikut untuk maklumat selanjutnya:

1. http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=756
2. http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=753
3. http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=755

Thursday, March 18, 2010

Paip Air Putus


Sekolah telah mengalami ketiadaan air sejak tengah hari semalam (17/03/2010) , ini kerana paip air telah putus akibat batu besar yang terjatuh dari atas bukit. Beberapa usaha telah diadakan pada sebelah petang tetapi gagal menyambung balik paip tersebut.

Usaha diteruskan pada sebelah pagi Khamis. Pekerja pembersihan swasta dan sekuriti yang pergi melakukan kerja penyambungan kerana tukang paip sekolah (Pembantu Am Rendah) sedang bercuti. Paip yang pendek dan sudah berkali-kali sambung, dan ketiadaan paip baru menyukarkan kerja penyambungan.

Nasib baik kejadian ini berlaku pada cuti sekolah, hanya staf sokongan yang terjejas daripada kejadian ini. Air mula pulih pada tengah hari Khamis.