Saturday, October 17, 2009

Hari Sukan - Hari Kedua Sebelah Malam

Jennarino Jeraki !!!

Malam ini merupakan kemuncak hari sukan kerana Jennarino Jeraki atau lebih dikenali sebagai JJ telah datang ke Sk St John untuk membuat persembahan. Pada pukul 7 malam, orang ramai mula memasuki kelas / dewan makan. Sebanyak 52 meja yang terbuka untuk penjualan tiket penuh dengan tetamu dalam sekelip mata. Orang ramai yang tiada tiket masuk terpaksa berada di luar kelas. Dijangka lebih 700 penduduk telah berkumpul di kawasan sekolah.

YB
En. Robert Lawson Chuat ak Vincent Entering, ADUN N.32 Bukit Saban, dan rombongannya sampai sekolah pada lebih kurang pukul 8 malam. Majlis dimulakan dengan nyanyian "Negaraku" & "Ibu Pertiwiku", bacaan doa dan diikuti oleh ucapan aluan dari Pn. Alek Umping, Yang Dipertua PIBG Sk. St. John. Selepas itu ialah ucapan dari Guru Besar Sk. St. John, En. Stephen Lansing. Guru besar yang sedang mengikuti pelajaran di Kota Samarahan sempat juga balik sini untuk menghadiri majlis malam ini.

Kemudian ialah ucapan perasmian makan malam
& penutupan rasmi sukan tahunan oleh YB En. Robert Lawson Chuat. Beliau juga membawa berita baik untuk sekolah dan penduduk sekawasan, di mana beliau menderma RM 10,000.00 untuk PIBG sekolah dan RM 15,000.00 untuk Gereja St. john. Selepas itu, beliau juga menyampaikan hadiah & piala untuk pemenang bola sepak terbuka dan sepak takraw terbuka.

Semasa ucapan YB, penghibur undangan iaitu Jennarino Jeraki & Band telah pun sampai di majlis & bersedia untuk persembahannya. Selain JJ & Bandnya yang bernyanyi pada malam itu, lagu sponser juga terbuka untuk orang ramai yang berada dalam majlis itu. Wang yang dapat dari lagu sponser akan dimasukkan pada akaun PIBG untuk kegunaan sekolah. Semasa sesi menyanyi mula, pintu masuk telah ditutup kerana hanya orang yang mempunyai tiket makan malam atau tiket konsert sahaja yang boleh masuk untuk menyaksikan persembahan JJ. Orang ramai yang tidak mempunyai tiket atau tidak sanggup membeli tiket terpaksa berdiri di luar kelas untuk mendengar suara nyayian sahaja.


Majlis bersurai pada jam 5 pagi.



Pekerja dari band sedang menyediakan peralatan untuk konsert nanti.

Ketibaan YB di majlis makan.

YDP PIBG, Pn. Alek Umping berucap...

Guru Besar, En. Stephen Lansing berucap...

YB En. Robert Lawson Chuat berucap...

Jennarino Jeraki...

Orang ramai yang tidak mempunyai tiket terpaksa berdiri di luar tingkap untuk menyaksikan persembahan penyanyi famous itu.

Selepas makan......

No comments:

Post a Comment