Thursday, September 30, 2010

Perjumpaan Rumah Sukan & Latihan Padang

Sukan tahunan akan tiba dalam masa 2 minggu, semua rumah sukan telah mengadakan perjumpaan dengan semua ahli untuk memilih calon yang sesuai untuk setiap acara. Latihan di padang juga dilakukan sebagai pemanasan untuk sukan yang bakal tiba.

Rumah Sukan Biru....

Rumah Sukan Kuning...

Senaman sebelum latihan padang...



Latihan untuk lari berganti-ganti bagi kumpulan Lelaki C dan Perempuan C yang terdiri dari murid Tahun 1 dan Tahun 2....

Latihan untuk lontar peluru...







Lawatan NAZIR untuk Pemantauan LINUS

2 orang pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia telah datang ke sekolah pada hari ini untuk pemantauan Program LINUS (Literasi dan Numerasi) yang khas untuk murid Tahun 1.

Program LINUS bermatlamat untuk memastikan murid-murid yang memasuki Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca (literasi) dan mengira (numerasi).

Pegawai yang melawat ialah:
1. Chan Kiat Leong - Nazir Sekolah, JNJK Cawangan Miri
2. Bakar Bin Ahim - Nazir Sekolah, JNJK Sarawak
3. Salihin Bin Eli - Penolong Penyelia HEM, PPD Betong


Seorang pegawai Nazir (kiri) sedang menguji kemahiran membaca dari seorang murid...

Memantau proses pelaksanaan...

Beberapa murid yang terplih untuk diuji kemahiran matematik...

Taklimat dari pegawi Nazir. Turut hadir: Guru Besar, PK 1, PK HEM, PK KK, Guru Bahasa Melayu Tahun 1, Guru Matematik Tahun 1, Ketua Panitia Matematik, Guru Kelas Pemulihan.


Tuesday, September 28, 2010

Gotong-Royong Mengubahsuai Asrama Lama Menjadi Dapur Dan Dewan Makan Sementara

Satu gotong-royong yang menglibatkan semua guru dan staf sokongan telah diadakan pada sebelah petang untuk membersihkan asrama lama dan mengubahsuainya menjadi dapur dan dewan makan yang sementara. Ini kerana dapur dan dewan makan yang asal akan dirobohkan untuk membina dewan serbaguna yang baru.

Antara tugas yang dilakukan ialah membuka katil murid, mengemas & membersih asrama lama, packing peralatan dapur, menyambung paip, dan sebagainya.





Turut dibantu oleh pekerja pembersihaan swasta...





Murid-murid membantu membersihkan kawasan...










Monday, September 27, 2010

Acara-acara Sukan yang Bakal Dipertandingkan oleh Atlit

  1. 60 M Lelaki C
  2. 60 M Perempuan C
  3. 100 M Lelaki A
  4. 100 M Perempuan A
  5. 100 M Lelaki B
  6. 100 M Perempuan B
  7. 200 M Lelaki A
  8. 200 M Perempuan A
  9. 200 M Lelaki B
  10. 200 M Perempuan B
  11. 200 M Lelaki C
  12. 200 M Perempuan C
  13. 4 x 100 M Lelaki A
  14. 4 x 100 M Perempuan A
  15. 4 x 100 M Lelaki B
  16. 4 x 100 M Perempuan B
  17. 4 x 100 M Lelaki C
  18. 4 x 100 M Perempuan C
  19. 4 x 200 M Lelaki A
  20. 4 x 200 M Perempuan A
  21. 4 x 200 M Lelaki B
  22. 4 x 100 M Perempuan B
  23. 4 x 200 M Lelaki C
  24. 4 x 200 M Perempuan C
  25. Lompat Jauh Lelaki A
  26. Lompat Jauh Perempuan A
  27. Lompat Jauh Lelaki B
  28. Lompat Jauh Perempuan B
  29. Lontar Peluru Lelaki A
  30. Lontar Peluru Perempuan A
  31. Lontar Peluru Lelaki B
  32. Lontar Peluru Perempuan B
  33. Lompat Tinggi Lelaki A
  34. Lompat Tinggi Perempuan A
  35. Lompat Tinggi Lelaki B
  36. Lompat Tinggi Perempaun B  
 *Setiap murid hanya boleh menyertai paling maksimum 3 acara individu dan 2 acara berpasukan.
 

Penasihat-Penasihat Rumah Sukan

Rumah Wira (Hijau)
  1. En. Salleh Ismail
  2. En. Uding Chungak
  3. En. Abg. Dzulkarami Abg. Suhaili
  4. Cik Wan Norulhuda Wan Mahmood
  5. Pn. Patricia Kelimah
  6. En. Jeffrey Gresak Bruin
  7. En. Jeffrey Griffin

Rumah Waja (Kuning)
  1. En. Wan Bujang Wan Omar
  2. En. Dunstan Christopher Gissong
  3. Pn. Doria Wilson Kawi
  4. En. Ahmad Zaidi Dahli
  5. Pn. Maureen Edi
  6. Pn. Helen Lemada Bejau
  7. En. Lai Nan Fatt

Rumah Satria (Biru)
  1. En. Adi Spaiee
  2. En. Jonathan Suin Ngabong
  3. Pn. Elizabeth Ijau
  4. Pn. Raisah Hussaini
  5. En. Wan Malek Wan Othman
  6. En. Mawan Garai

Rumah Perkasa (Merah)
  1. En. Limbab German
  2. En. Larry Gamon
  3. Cik Bau Richard
  4. Pn. Lian Langu
  5. En. Mokhzani Aris Hj. Morni
  6. Cik Sarimah Mentiam

Friday, September 24, 2010

Tarikh Sukan Tahunan 2010

Mesyuarat PIBG pada hari ini telah menetapkan tarikh Sukan Tahunan Sk St John pada tahun 2010 adalah pada 13/10/2010 (Rabu) dan 14/10/2010 (Khamis).

Mesyuarat juga menetapkan tarikh gotong-royong untuk merobohkan dewan makan & serbaguna ialah 01/10/2010 (Jumaat). Satu dewan serbaguna yang baru akan dibina secepat mungkin.

Thursday, September 23, 2010

SchoolNet VSAT Corrective Maintenance & Preventive Maintenance

Pada hari ini, Telecom Field Engineer dari pihak Jaring telah datang ke sekolah untuk Corrective Maintenance & Preventive Maintenance. Ini adalah berikutan dari aduan terhadap SchoolNet yang telah down selama 2 minggu sebelum ini. Walaupun begitu, SchoolNet telah up secara automatik beberapa hari sebelum mereka datang.


Membersihkan VSAT ODU...

Pekerja pembersihan yang mengikuti juruteknik...

Bersihkan bahagian depan dan belakang....



Juruteknik sedang memeriksa wayar...

Memerikasa wayar yang sambung ke Modem VSAT...

VSAT ODU yang sudah bersih dan nampak seperti yang baru...

Monday, September 20, 2010

Good Luck Untuk Semua Calon UPSR






TO ALL UPSR CANDIDATES, 
BEST WISHES FROM SK ST JOHN

Langkah-langkah Pengukuhan Keselamatan ICT


Sila melayari link berikut untuk maklumat tentang langkah-langkah pengukuhan bagi tujuan keselamatan ICT.

Artikel: Keselamatan ICT

Garis Panduan KWAPM


Ingin lebih mengetahui tentang peraturan dan tatacara pelaksaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)? Sila melayari link berikut untuk Garis Panduan KWAPM.

Surat Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2010 - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 

Thursday, September 16, 2010

Happy Malaysia Day

Happy Malaysia Day to all Malaysian people, especially for residents in Sabah & Sarawak.

Tip UPSR: Penyelesaian, Pengiraan Faktor Utama Kejayaan Calon

Gagal menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakalan untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.

Untuk mengetahui tip-tip menjawab soalan Matematik UPSR, sila melayari link berikut untuk artikel berkaitan.

Tip UPSR: Menjawab Kertas Matematik

Saturday, September 11, 2010

View of School

Sinaran matahari sudah terang dan panas, tapi awan masih kelihatan di atas bukit, pandangan ke arah asrama dan padang sekolah pada suatu pagi....



Friday, September 10, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Kelas Bimbingan UPSR Sewaktu Cuti Sekolah


Kelas bimbingan telah diadakan pada waktu cuti sekolah untuk pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hujung bulan September ini. Cikgu-cikgu yang tidak menyambung Hari Raya telah ditugaskan untuk memberi kelas tuisyen secara bergilir-gilir.

Wednesday, September 1, 2010

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 (Menteri Pelajaran Malaysia)


Sila melayari link berikut untuk Perutusan Hari Kemerdekaan ke-53 oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin.

Perutusan Hari Kemerdekaan ke-53 oleh Menteri Pelajaran Malaysia.

Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2010


Sila melayari link berikut untuk titah Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat sekolah, oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Titah SPB Yang Di-Pertuan Agong Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Pekolah.