Tuesday, November 30, 2010

Murid Tahun 1 Sesi 2011 Diajar Pendidikan Seks

Murid Tahun Satu sesi persekolohan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai Januari tahun depan.

Untuk berita selanjutnya, sila melayari link berikut untuk petikan berita:

Berita Harian: 500,000 murid Tahun Satu Sesi 2011 diajar pendidikan seks.  

Thursday, November 18, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2010

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2010 Sk St John telah berjaya dilangsungkan pada 18 November 2010. Pelbagai sijil dan hadiah akademik dan ko-kurikulum dianugerahkan kepada murid-murid dari setiap kelas.

Selepas selesai Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah, dewan diteruskan dengan Pusingan Akhir Konsert Akademik Sifar Sampah.

Bacaan doa...

Persembahan Tarian Ngajat "Ngalu Temuai" oleh Adik Celine Mary & Adik Phylishcia Sema...

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar, En. Stephen Lansing...

Ucapan oleh Ketua Murid, Adik Mathius Holly Eliam...

Ucapan perasmian oleh En. Borody, Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Nanga Tiga, selaku wakil Yang Berusaha Penghulu Sela ak Entalang yang tidak dapat hadir....

Dari kiri: En Unting (NYDP PIBG), Pn Alek Umping (YDP PIBG), dan En. Stephen Lansing (Guru Besar Sk St John).

Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada En Borody...

Persembahan Tarian "1 Malaysia"...

Penyampaian hadiah akademik kepada salah satu murid prasekolah...

Penyampaian hadiah kepada salah seorang murid yang cermelang dalam akademik...

Persembahan tarian untuk lagu "Berjuta Batu" oleh murid prasekolah....

Penerima insentif khas dari Guru Besar untuk pelajar lulus penuh dalam Peperiksaan UPSR...

Persembahan Tarian Oang Ulu, oleh ahli Kelab Kebudayaan...

Persembahan tarian Poco-poco, mengakhiri Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Tahun 2010.


Wednesday, November 17, 2010

Aturcara Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2010, 18 November 2010, Khamis

0800: Murid-murid mengambil tempat.
0830: Para Jemputan & Ibu bapa masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk.
0900: Ketibaab Yang Berusaha Penghulu Sela ak Entalang
       : Bacaan Doa
       : Lagu "Negaraku" dan "Ibu Pertiwiku"
       : Persembahan Ngajat "Ngalu Temuai" - Kelab Kebudayaan
       : Ucapan alu-aluan - En Stephen Lansing (Guru Besar Sk. St. John, Betong)
       : Ucapan Ketua Murid - Adik Mathius Holly Eliam
       : Ucapan Perasmian oelh Yang Berusaha Penghulu Sela ak Entalang
       : Penyampaian cenderamata
       : Persembahan Tarian "1 Malaysia"

       : Penyampaian Hadiah Akademik
  1. Penyampaian Tunjang Akademik Terbaik Kanak-kanak Prasekolah
  2. Mata Pelajaran Terbaik Setiap Kelas
  3. Kedudukan Keseluruhan Setiap Kelas
  4. Prestasi Paling Meningkat Setiap Kelas
  5. Anugerah Tuynas Harapan Prasekolah
  6. Anugerah Akademik Terbaik Murid Tahap I dan II
       : Persembahn Tarian Prasekolah

       : Penyampaian Hadiah Aktiviti Kokurikulum
  1. Pertandingan Tulisan Cantik
  2. Olahragawan & Olahragawati 2010
       : Persembahan Tarian Orang Ulu -  Kelab Kebudayaan

       : Penyampaian Sijil
  1. Penyampaian Sijil Kanak-kanak Prasekolah
  2. Penyampaian Sijil Pengawas
  3. Penyampaian Sijil Kokurikulum
  4. Penyampaian Sejil Berhenti Sekolah Tahun 6
       : Persembahna Tarian Poco-poco - Kelab Kebudayaan

Majlis Merarau & Bersurai

Thursday, November 11, 2010

Pengumuman Keputusan UPSR


Keputusan UPSR telah keluar pada hari ini, semua pelajar Tahun 6 tidak bersabar-sabar untuk mengetahui keputusan UPSR mereka sejak dari awal pagi. Untuk Sk St John, terdapat 3 orang pelajar yang mendapat keputusan yang paling cemerlang, iaitu Jacklyn Mayan Ak Andrew Tawi, Rovena Florence Ak Lawren, dan Walter Darren Ak Stephen Dangggat. Mereka masing-masing mendapat 2A2B1C tetapi dalam subjek yang berlainan. Kadar kelulusan sekolah ialah 38.1%, menurun sedikit berbanding tahun lepas.

Gambar di atas: Semua pelajar Tahun 6 berkumpul di Bilik PSS untuk mendengar keputusan UPSR mereka..

Tuesday, November 9, 2010

Kem Membaca 1Malaysia

Program Membaca Kem 1Malaysia, satu aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar telah diadakan pada hari ini di dewan sementara (Bilik darjah Tahun 5 & Tahun 6). Anjuran Panitia Bahasa Melayu, program ini mewajibkan semua pelajar membaca buku cerita di atas pentas selama 3 minit setiap orang. Beberapa pelajar yang fasih dalam Bahasa Inggeris pula dipilih untuk membaca buku cerita berbahasa Inggeris.

Program ini dijalankan selama 2 hari dimana hari pertama untuk bacaan buku cerita, manakala hari ke-2 untuk bacaan pantun dan syair daripada pelajar terpilih.

Dirasmikan oleh Guru Besar, En. Stephen Lansing...

Guru Besar memulakan bacaan sebuah cerita...

Penyerahan buku cerita kepada wakil murid selaku pembaca pertama...

Pembaca pertama, Adik Jacklyn Mayan dari Tahun 6...

Para pelajar / para peserta....

Pelajar yang mengikuti kelas pemulihan juga mendapat peluang untuk membaca cerita yang ringkas...

Salah seorang pelajar dari Tahun 3.

Pelajar-pelajar dari Tahun 4...

Pelajar prasekolah juga berpeluang untuk mengikuti program membaca ini...

Pelajar dari Tahun 5...



Thursday, November 4, 2010

UPSR Examination Results Out on Nov 11

The Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 examination results will be announced on Nov 11, the Examination Board said in a statement today.

Candidates can obtain the results from school after 10am. Sk St John have 21 candidates sat for this UPSR.


Source - Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=540862
Source - The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/4/nation/20101104164612&sec=nation 

Monday, November 1, 2010

Perkembangan Pembinan Dewan @ 01/11/2010

Rangka untuk tiang....

Projek Membersihkan Kolam & Membesarkan Kolam



Diketuai waden, Cikgu Limbab, dan dibantu oleh beberapa murid lelaki Tahun 5 & Tahun 6.


Perkembangan Pembinaan Dewan @ 30/10/2010

Menyimen tapak dewan. Oleh sebab tiada jalan boleh sampai ke sekolah, jentere berat tidak dapat masuk dan semua kerja mesti dilakukan oleh tenaga manusia...

Dibantu oleh penduduk kampung yang bekerja sebagai pekerja sementara...

Siap dalam masa 1 hari...