Saturday, October 17, 2009

Hari Sukan - Hari Kedua Sebelah Petang (16/10/09)

Pada sebelah petang, padang dan sekeliling sekolah dipenuhi oleh orang-orang kampung, ada yang datang untuk menyaksikan pelawanan bola sepak & sepak takraw, ada pula yang datang menunggu majlis makan malam.

Kawasan sekolah mula dipenuhi oleh remeja, kebanyakan mereka baru pulang dari asrama sekolah, mereka merupakan bekas pelajar SK St John dan sekarang merupakan pelajar SMK Ulu Layar.

Dapur merupakan tempat yang paling sibuk, sebab perlu menyediakan makanan yang banyak dalam masa yang terhad.

Pasukan bola sepak sekolah, Hai O FC, yang terdiri daripada guru, staf dan beberapa orang kampung telah berjaya memasuki pelawanan akhir selepas menewaskan SMK Ulu Layar pada separuh akhir. Dan pada pelawanan akhir yang berlangsung pada 5.30pm, Hai O FC bertemu lagi dengan pasukan yang menewaskan pasukan sekolah pada pusingan pertama. Semangat untuk menang membara di hati pemain-pemain pasukan. Akhirnya, pasukan sekolah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan mata 3-0. Tahniah diucapkan! Kejohanan ini juga amat bermakna bagi pasukan sekolah setelah banyak kali tewas pada tahun-tahun yang lepas.


Pelawanan bola sepak sedang berlangsung.

Makanan sudah dihidang pada meja-meja makan.

Pentas juga selesai dihias..

Berlaku sedikit perselisihan faham antara 2 pasukan semasa pelawanan separuh akhir yang kedua. Anggota RELA segara masuk ke padang untuk menghalang mereka daripada berlaku pergaduhan yang tidak diingini.

Pada pukul 5 petang, para penari telah berkumpul di Pusat Sumber untuk menukar pakaian dan bersolek.

Video: Aksi masuk gol (Penalty)

No comments:

Post a Comment