Tuesday, December 22, 2009

Mesyuarat Staf & Kurikulum Pertama Sesi 2010

Perhatian untuk semua cikgu & staf Sokongan:

Mesyuarat staf pertama dan kurikulum pertama sesi 2010 akan diadakan pada 30/12/2009, pukul 9.00 pagi di bilik mesyuarat Pejabat Pelajaran Dearah (PPD), bukan di PKG. Kahadiran adalah wajib dan pakaian haruslah formal.

Terima Kasih.

Monday, December 14, 2009

Tiada Bekalan Elektik

Sekolah telah diputuskan bekalan elektrik oleh kontraktor elektrik generator mulai 11/12/2009, Jumaat petang. Ini adalah kerana kontrak antara kontraktor dan kerajaan telah tamat, dan penyambungan kontrak masih dalam proses perbincangan. Oleh itu, tiada minyak akan dibekalkan kepada sekolah setakat ini.

Siapa-siapa cikgu dan staf sokongan yang masih mempunyai daging / makanan dalam peti sejuk sila uruskan segera untuk mengelakkan kerosakan dan pembaziran makanan.

Harap maklum.

Wednesday, December 2, 2009

Sk St John Is Now On Facebook

Dengan bangganya diumumkan bahawa Sk St John sekarang mempunyai Facebook pages. Segala infomasi terkini akan dipaparkan pada muka facebook. Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai kumpulan ini pada link ini: www.facebook.com/group.php?gid=110106999963

Sesiapa yang belum mempunyai akaun Facebook boleh menyertai Facebook pada link berikut: www.facebook.com

Tuesday, November 24, 2009

Penyambungan Wayar Elektrik Ke Asrama Baru

Sedang menggorek lubang untuk mendirikan tiang...

Sambung wayar dari tiang yang terdekat...


Tiang dah siap dipasang wayar...

Monday, November 23, 2009

Keputusan UPSR Mencipta Rekod Sekolah !!!

Congratulation!!! Tahniah!!!

Keputusan UPSR Sk St John pada tahun 2009 ini telah mencipta rekod baru dengan peratusan lulus penuh dan peratusan lulus setiap mata pelajaran adalah tertinggi dalam rekod sekolah semenjak peperiksaan UPSR diperkenalkan!!

Peratus lulus penuh pada tahun ini ialah 60.87% berbanding dengan tahun lepas hanya 29.63%. Ini menunjukkan perningkatan sebanyak 31.24%. Rekod sebelum ini ialah 50% pada tahun 2007.

Seramai 23 orang pelajar telah mengikuti peperiksaan UPSR pada tahun ini yang berlangsung September lalu. Antaranya, 14 orang pelajar mendapat lulus penuh, dan bilangan pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 1A juga ialah 14 orang.

Bahasa Malaysia (Pemahaman) mendapat peratus lulus sebanyak 82.61% berbanding dengan 63.0% pada tahun lepas, dengan perningkatan sebanyak 19.61%. Terdapat 2 pelajar mendapat A, 5 pelajar mendapat B, dan 12 orang pelajar mendapat C. Rekod lulus terbaik sebelum ini ialah 80.8% yang dicipta pada tahun 2007.

Bahasa Malaysia (Penulisan) mempunyai paling banyak pelajar yang mendapat A, dengan 14 orang pelajar mendapat A, 2 pelajar dapat B, dan 4 pelajar mendapat C. Peratus lulus ialah 86.96% berbanding dengan 85.2% pada tahun lepas, meningkat 1.76%. Rekod terbaik sebelum ini ialah 86.7% yang dicipta pada tahun 2001.

Bahasa Inggeris pula mencipta rekod baru dengan 69.57% lulus (rekod lama 53.3% pada tahun 2005), di mana 1 pelajar mendapat B, dan 15 pelajar mendapat C. Peratus lulus pada tahun 2008 ialah 44.4%.

Matematik merupakan pencapaian mata pelajaran yang paling unggul dengan mencapai perningkatan sebanyak 32% berbanding tahun lepas. Peratus lulus 2008 ialah 59.3% dan peratus lulus tahun ini ialah 91.3% !! Terdapat 2 pelajar mendapat A, 9 pelajar mendapat B, dan 10 pelajar mendapat C. Rekod terbaik sebelum ini dicipta pada tahun 1997 sebanyak 84.0%.

Walaupun subjek Sains tidak mempunyai pelajar yang mendapat A, hanya 5 pelajar yang mendapat B dan 14 pelajar mendapat C, tetapi peratus lulusnya juga mencecah 82.61% dengan perningkatan sebanyak 19.61% berbanding tahun lepas. Rekod terbaik sebelum ini juga dicipta pada tahun 1997 sebanyak 68.0%.

Pelajar terbaik ialah Adik Veronica Jeramau Ak Idon dengan keputusan 2A3B, manakala kedudukan kedua baik ialah Adik Anissy Awa Ak Merbai & Adik Stura Ak Maramat dengan pencapaian 2A2B1C.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan ini dan semua pelajar yang bersama-sama mencipta rekod baru ini. Usaha anda selama ini tidak disia-siakan. Tidak lupa juga tahniah kepada guru besar, PK Kanan, guru-guru mata pelajaran, dan semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Berharaplah kejayaan akademik ini berterusan pada tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang.


*Tiada gambar, tidak sempat ambil gambar hari itu... :-)

Sunday, November 22, 2009

Majlis Perpisahan Tahun 6

Satu Majlis Makan Malam Perpisahan Tahun 6 telah diadakan pada malam 19/11/2009. Semua ibubapa kepada pelajar Tahun 6 dan exco PIBg dijemput hadir pada majlis ini.

Majlis juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Badminton Terbuka Sk St John.

YDP PIBG, Pn Alex dalam ucapannya menyarankan pelajar tahun 6 yang akan melanjutkan kehidupan persekolahan di sekolah menengah supaya terus mengejar ilmu untuk masa depan masing-masing, dan jangan berputus asa dalam apa jua keadaan.

Majlis diteruskan dengan acara karaoke lagu sponsor dan tidak kurang juga berjoget-joget...
Semua orang sangat happy kerana keputusan UPSR yang cermelang. Sesetengah guru mata pelajaran memberi insentif kepada pelajar yang mendapat "A" seperti yang dijanjikan sebelum peperiksaan. Guru besar juga memberi insentif RM230.00 kepada semua pelajar tahun 6 (terdapat 23 pelajar & setaip orang dapat RM10.00) sebagai ganjaran usaha mereka dalam UPSR kali ini.

Majlis ditamatkan pada pukul 3 pagi...

Dapur: sediakan makanan untuk majlis makan malan nanti, dibantu oleh pelajar perempuan tahun 6 dan ibu-ibu sekalian, setelah habis sukaneka...


Panggang untuk makan malam nanti, diurus oleh exco PIBG dan bapa-bapa sekalian....

Nyaman......

Sedang menunggu ketibaan guru besar dan YDP PIBG untuk memulakan majlis.

Saat terakhir bagi budak-budak Tahun 6 untuk bersama-sama dengan cikgu dan kawan-kawan lain.

Semua sudah kelaparan, pukul 9 lebih tapi belum lagi mula makan...

Budak-budak Tahun 6 sedang meneliti slip keputusan UPSR masing-masing. (Malam baru dapat slip keputusan, tengah hari sudah tahu keputusan tetapi belum lagi mengambil slip tersebut)

Joget, jangan tak joget!!
Semua murid Tahun 6, guru-guru, staf sokongan, Exco PIBG, ibubapa kepada murid Tahun 6, bersama-sama berjoget, dan berkaraoke...

Friday, November 20, 2009

Sukaneka

Satu sukaneka diadakan pada 19/11/2009 petang, selepas Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah, dengan perlibatan guru, staf sokongan, murid Tahun 6, ibubapa murid Tahun 6, dan Exco-exco PIBG. Semua dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Wawawa, Kumpulan Cacaca, Kumpulan Yayaya, dan Kumpulan Lululu.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Mengisi air ke dalam botol, Makan biskut, Susunan terpanjang, Memandu tayar kereta, dan Perahu darat.


Padang yang agak becak menyebabkan kebanyakan pakaian peserta kotor dengan lumpur, dan terpaksa mandi dan menukar pakaian selepas tamat pertandingan.

Di pertengahan pertandingan, berlaku pula satu kemalangan yang tidak disangka, di mana cincin En. Aris tercicir di padang semasa pertandingan memandu tayar kereta. Semua orang tolong mencarinya di celah-celah rumput padang...(agak susah dan peluang menjumpainya adalah kecil ==> bayangkan mencari satu cincin di padang yang penuh dengan rumput yang padat)... tapi usaha semua tidak disia-siakan, kerana akhirnya cincin itu berjaya dijumpai oleh pemiliknya setelah setengah jam pertandingan mencari cincin.

Akhirnya, Kumpulan Cacaca mendapat tempat pertama, Kumpulan Wawawa mendapat tempat kedua, Kumpulan Yayaya mendapat tempat ketiga, manakala Kumpulan Lululu mendapat tempat keempat.


Sedang tunggu kedatangan semua peserta...

Pengacara sukaneka: Cikgu Lena (PK KK) & Cikgu Dzulkarami (Guru Sukan)

Para peserta dan para penonton...

Pertandingan memandu tayar kereta...

Pertandingan perahu darat...

Thursday, November 19, 2009

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2009

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2009 berjaya diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah. Pelbagai sijil dan hadiah diberi kepada murid-murid Sk St John termasuk hadiah akademik, sijil ko-kurikulum, sijil perkhidmatan, dan sijil berhenti sekolah.

Tetamu khas yang dijemput untuk merasmikan majlis ini ialah En. Mahli Bin Rosli, Pegawai PPD Betong. Akan tetapi beliau tidak dapat hadir, dan kehadiran beliau diwakili oleh En. Nasir Bin Len, Penyelia Unit Pengurusan Sekolah, PPD Betong.

Guru besar juga bersempatan mengumumkan keputusan UPSR sekolah pada majlis ini setelah keputusan UPSR itu dibawa balik oleh PK 1, Cikgu Adi. Keputusan UPSR pada tahun ini telah memecah rekod sekolah dari segi peratusan kelulusan keseluruhan, dan peningkatan yang tinggi dari segi peratusan kelulusan setiap mata pelajaran. Bunyi bertepuk tangan yang gemuruh dipenuhi dewan apabila berita ini diumumkan.

En Nasir Bin Len juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah mengambil peperiksaan ini, guru-guru dan pihak sekolah yang bersama-sama mencipta sejarah ini. Beliau juga berharap keputusan yang bagus ini akan kekal dan dipertingkat lagi pada masa depan.

Majlis juga dihiburkan dengan beberapa tarian dari pelajar Tahun 5 dan Tahun 6, seperti tarian mengajat, tarian orang ulu, dan tarian poco-poco.

Keadaan di dapur...

Nasi dah tersedia awal-awal pagi, hanya lauk yang masih dimask dalam kuali...

Keadaan di luar Dewan Serbaguna...

Keadaan semasa menunggu kedatangan pegawai PPD Betong...

Para tetamu VIP (Pegawai PPD Bertong, En. Nasir Len; Guru Besar, En Stephen Lansing; YDP PIBG, Pn. Alex; Penghulu Ulu Layar, En Sela Ak Entalang; Tuai-tuai Rumah & Ketua Kaum; & Tetamu Khas)

Tarian ngajat sebelum majlis bermula...

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, En Stephen Lansing.

Ucapan oleh wakil pelajar, Adik Robinson Lias ak Juti.

Ucapan perasmian oleh En. Nasir Bin Len, Penyelia, Unit Pengurusan Sekolah, PPD Betong. Beliau menggantikan En. Mahli Bin Rosli yang tidak dapat hadir.

Makanan tengah hari dah tersedia...

Penyampaian sijil akademik...

Jurucamera pada hari ini, Cikgu Dzulkarami.

Persembahan tarian orang ulu...

Pengacara Majlis: Pn Doria & Cik Sarimah.

PK KK, Cikgu Lena menyampaikan hadiah Olahragawan 2009 kepada Adik Basik ak Jimbon.

PK KK, Cikgu Lena menyampaikan hadiah Olahragawati 2009 kepada Adik Jacklyn Mayan ak Andrew Tawi.

YDP PIBG, Pn Alex menyampaikan sijil kepada semua murid pra-sekolah.

YDP PIBG, Pn. Alex menyampaikan Sijil Pengawas...

Guru Besar menyampaikan Sijil Berhenti Sekolah kepada murid-murid Tahun 6.

Tarian Poco-poco oleh murid Kelab Kebudayaan.

Ibubapa & para hadirin beratur mengambil makanan tengah hari...

Video: Ngajat


Video: Tarian Orang ulu


Video: Tarian Poco-poco


Video: Ucapan Guru Besar


Video: Pengumuman Keputusan UPSR

Pertandingan Badminton Terbuka Sk St John

2009-11-18 (Wednesday)
Pada sebelah petang...

Pada sebelah malam...


2009-11-19 (Thursday)

Pelawanan akhir bergu lelaki, antara pasukan sekolah dengan pasukan orang kampung...

Wednesday, November 18, 2009

Raptai Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah

Satu raptai diadakan bagi melancarkan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah.

Raptai ucapan oleh wakil pelajar Tahun 6.

Raptai tarian...


Persiapan Pentas untuk Majils Penyampaian Sijil & Hadiah 2009

Dewan serbaguna sekolah telah dibersihkan, dihais, dan disusun untuk Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah esok.

En. Mawan melekat perkataan-perkataan di dinding pentas...

Mengalihkan meja makan ke belakang dewan, dibantu oleh pelajar lelaki Tahun 5.

Selepas itu susun kerusi...

Menghias pentas...