Friday, February 5, 2010

Fire Drill

Fire Drill pertama sesi 2010 telah berjaya diadakan pada 04/02/2010, 11.40pm. Tujuannya adalah supaya murid asrama mengetahui cara, laluan jalan, dan tempat untuk menyelamatkan diri.

Walaupun taklimat pernah diberikan dalam Minggu Orientasi minggu lepas, tetapi pencapaiannya tidak memuaskan. Ini kerana terdapat 4 murid tahap 1 dikategorikan telah hangus dalam kebakaran, kerana mereka masih tidur dan lambat keluar walaupun loceng telah sekian lama dibunyikan.

Selepas itu, Penyelia Asrama dan PPM juga mengambil kesempatan ini untuk menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku kebakaran. Ini termasuklah membangunkan rakan sebelah yang masih tidur, keluar dari asrama dengan kadar segera, berkumpul dan berbaris di padang, ketua kelas mengira jumlah pelajar, dan sebagainya.

Pelajar berlari keluar dari asrama...

4 murid yang lambat keluar...

Taklimat lagi....


Staf yang terlibat dalam operasi kali ini: Cikgu Bau (Waden), Cikgu Limbab (Waden), En Wan Malek (Penyelia Asrama), En Ahmad Zaidi (PPM), En Mokhzani Aris (PPM), Cik Sarimah (PTR).

Thursday, February 4, 2010

Jadual Peralihan Dasar PPSMI ke MBMMBI

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Dasar MBMMBI untuk menggantikan Dasar PPSMI bermula taun 2011. Untuk maklumat lanjut tentang jadual peralihan, sila merujuk ke link di bawah:

Jadual Peralihan

Monday, February 1, 2010

Minggu Orientasi - Hari Terakhir (29/01/2010)

Hari terakhir minggu orientasi hanya berlangsung pada sebelah pagi sahaja. Aktiviti yang dijalankan ialah majlis perasmian dan juga penutupan. Oleh kerana perasmian tidak dapat berlangsung pada hari Isnin, maka ia ditangguhkan ke hari Jumaat ini. PK1, Cikgu Adi Spaiee merasmikan majlis, manakala PK HEM, Cikgu Hj Salleh menutupkan majlis.

Maka, berakhirlah minggu orientasi sesi 2010. Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan diri daripada ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang telah diadakan. Penulis di sini juga mengucapkan tahniah kepada pihak urusetia dan pihak-pihak lain yang sentiasa membantu menjayakan program ini.

Ucapan oleh ketua urusetia minggu orientasi, En. Mokhzani Aris...


Pelajar menanggalkan name tag mereka dan menghadiahkannya kepada guru yang tersayang...

Cikgu Bau mendapat sambutan terbanyak...