Wednesday, October 28, 2009

Kem 1 Malaysia

Seramai 27 orang pelajar dari SK St John telah menyertai Kem 1 Malaysia di Kabong, Saratok pada hari ini. Mereka terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan yang terpilih dari Tahun 4 & Tahun 5.

Kem ini adalah anjuran pihak kementerian dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, dan akan berlangsung pada hari ini (28/10/2009) sehingga hari Sabtu (31/10/2009). Murid-murid telah bertolak dari sekolah pada pukul 12 tengah hari, dan akan melapor diri di sana selepas pukul 2 petang.

Guru pengiring untuk kem ini ialah Cikgu Dunstan dan Cikgu Wan Norulhuda. Ini bermakna mereka tidak dapat mengikuti Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 yang akan bertolak pada besok pagi.

No comments:

Post a Comment