Tuesday, November 10, 2009

Tingkatan Satu MRSM

MARA menyediakan 5,840 tempat untuk lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memasuki Tingkatan Satu di 42 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara bagi sesi persekolahan tahun depan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Menengahnya, Md Rahim Salim, berkata mulai tahun ini semua permohonan kemasukan Tingkatan Satu dan Empat ke maktab berkenaan perlu dibuat secara online.


Beliau berkata, permohonan itu boleh dibuat menerusi laman web: http://www.mara.gov.my yang dibuka selepas keputusan UPSR tahun ini diumumkan hingga 3 Disember depan.


Katanya, untuk mengakses borang permohonan online itu, pemohon perlu mendapatkan nombor pin di pejabat Mara negeri dan daerah atau MRSM berhampiran pada waktu pejabat, bermula hari keputusan UPSR 2009 diumumkan.

Bagi mendapatkan nombor pin yang diedarkan secara percuma itu, katanya, pemohon diingatkan membawa bersama salinan surat beranak dan keputusan UPSR yang disahkan.

Aspek lain permohonan kekal, antaranya syarat kelayakan 5A bagi pelajar Semenanjung Malaysia dan minimum 3A 2B termasuk gred A Sains dan Matematik untuk pemohon Sabah dan Sarawak.


Clik sini untuk penerangan lanjut.

No comments:

Post a Comment