Thursday, November 19, 2009

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2009

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2009 berjaya diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah. Pelbagai sijil dan hadiah diberi kepada murid-murid Sk St John termasuk hadiah akademik, sijil ko-kurikulum, sijil perkhidmatan, dan sijil berhenti sekolah.

Tetamu khas yang dijemput untuk merasmikan majlis ini ialah En. Mahli Bin Rosli, Pegawai PPD Betong. Akan tetapi beliau tidak dapat hadir, dan kehadiran beliau diwakili oleh En. Nasir Bin Len, Penyelia Unit Pengurusan Sekolah, PPD Betong.

Guru besar juga bersempatan mengumumkan keputusan UPSR sekolah pada majlis ini setelah keputusan UPSR itu dibawa balik oleh PK 1, Cikgu Adi. Keputusan UPSR pada tahun ini telah memecah rekod sekolah dari segi peratusan kelulusan keseluruhan, dan peningkatan yang tinggi dari segi peratusan kelulusan setiap mata pelajaran. Bunyi bertepuk tangan yang gemuruh dipenuhi dewan apabila berita ini diumumkan.

En Nasir Bin Len juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah mengambil peperiksaan ini, guru-guru dan pihak sekolah yang bersama-sama mencipta sejarah ini. Beliau juga berharap keputusan yang bagus ini akan kekal dan dipertingkat lagi pada masa depan.

Majlis juga dihiburkan dengan beberapa tarian dari pelajar Tahun 5 dan Tahun 6, seperti tarian mengajat, tarian orang ulu, dan tarian poco-poco.

Keadaan di dapur...

Nasi dah tersedia awal-awal pagi, hanya lauk yang masih dimask dalam kuali...

Keadaan di luar Dewan Serbaguna...

Keadaan semasa menunggu kedatangan pegawai PPD Betong...

Para tetamu VIP (Pegawai PPD Bertong, En. Nasir Len; Guru Besar, En Stephen Lansing; YDP PIBG, Pn. Alex; Penghulu Ulu Layar, En Sela Ak Entalang; Tuai-tuai Rumah & Ketua Kaum; & Tetamu Khas)

Tarian ngajat sebelum majlis bermula...

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, En Stephen Lansing.

Ucapan oleh wakil pelajar, Adik Robinson Lias ak Juti.

Ucapan perasmian oleh En. Nasir Bin Len, Penyelia, Unit Pengurusan Sekolah, PPD Betong. Beliau menggantikan En. Mahli Bin Rosli yang tidak dapat hadir.

Makanan tengah hari dah tersedia...

Penyampaian sijil akademik...

Jurucamera pada hari ini, Cikgu Dzulkarami.

Persembahan tarian orang ulu...

Pengacara Majlis: Pn Doria & Cik Sarimah.

PK KK, Cikgu Lena menyampaikan hadiah Olahragawan 2009 kepada Adik Basik ak Jimbon.

PK KK, Cikgu Lena menyampaikan hadiah Olahragawati 2009 kepada Adik Jacklyn Mayan ak Andrew Tawi.

YDP PIBG, Pn Alex menyampaikan sijil kepada semua murid pra-sekolah.

YDP PIBG, Pn. Alex menyampaikan Sijil Pengawas...

Guru Besar menyampaikan Sijil Berhenti Sekolah kepada murid-murid Tahun 6.

Tarian Poco-poco oleh murid Kelab Kebudayaan.

Ibubapa & para hadirin beratur mengambil makanan tengah hari...

Video: Ngajat


Video: Tarian Orang ulu


Video: Tarian Poco-poco


Video: Ucapan Guru Besar


Video: Pengumuman Keputusan UPSR

No comments:

Post a Comment