Friday, November 20, 2009

Sukaneka

Satu sukaneka diadakan pada 19/11/2009 petang, selepas Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah, dengan perlibatan guru, staf sokongan, murid Tahun 6, ibubapa murid Tahun 6, dan Exco-exco PIBG. Semua dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Wawawa, Kumpulan Cacaca, Kumpulan Yayaya, dan Kumpulan Lululu.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Mengisi air ke dalam botol, Makan biskut, Susunan terpanjang, Memandu tayar kereta, dan Perahu darat.


Padang yang agak becak menyebabkan kebanyakan pakaian peserta kotor dengan lumpur, dan terpaksa mandi dan menukar pakaian selepas tamat pertandingan.

Di pertengahan pertandingan, berlaku pula satu kemalangan yang tidak disangka, di mana cincin En. Aris tercicir di padang semasa pertandingan memandu tayar kereta. Semua orang tolong mencarinya di celah-celah rumput padang...(agak susah dan peluang menjumpainya adalah kecil ==> bayangkan mencari satu cincin di padang yang penuh dengan rumput yang padat)... tapi usaha semua tidak disia-siakan, kerana akhirnya cincin itu berjaya dijumpai oleh pemiliknya setelah setengah jam pertandingan mencari cincin.

Akhirnya, Kumpulan Cacaca mendapat tempat pertama, Kumpulan Wawawa mendapat tempat kedua, Kumpulan Yayaya mendapat tempat ketiga, manakala Kumpulan Lululu mendapat tempat keempat.


Sedang tunggu kedatangan semua peserta...

Pengacara sukaneka: Cikgu Lena (PK KK) & Cikgu Dzulkarami (Guru Sukan)

Para peserta dan para penonton...

Pertandingan memandu tayar kereta...

Pertandingan perahu darat...

No comments:

Post a Comment