Monday, November 23, 2009

Keputusan UPSR Mencipta Rekod Sekolah !!!

Congratulation!!! Tahniah!!!

Keputusan UPSR Sk St John pada tahun 2009 ini telah mencipta rekod baru dengan peratusan lulus penuh dan peratusan lulus setiap mata pelajaran adalah tertinggi dalam rekod sekolah semenjak peperiksaan UPSR diperkenalkan!!

Peratus lulus penuh pada tahun ini ialah 60.87% berbanding dengan tahun lepas hanya 29.63%. Ini menunjukkan perningkatan sebanyak 31.24%. Rekod sebelum ini ialah 50% pada tahun 2007.

Seramai 23 orang pelajar telah mengikuti peperiksaan UPSR pada tahun ini yang berlangsung September lalu. Antaranya, 14 orang pelajar mendapat lulus penuh, dan bilangan pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 1A juga ialah 14 orang.

Bahasa Malaysia (Pemahaman) mendapat peratus lulus sebanyak 82.61% berbanding dengan 63.0% pada tahun lepas, dengan perningkatan sebanyak 19.61%. Terdapat 2 pelajar mendapat A, 5 pelajar mendapat B, dan 12 orang pelajar mendapat C. Rekod lulus terbaik sebelum ini ialah 80.8% yang dicipta pada tahun 2007.

Bahasa Malaysia (Penulisan) mempunyai paling banyak pelajar yang mendapat A, dengan 14 orang pelajar mendapat A, 2 pelajar dapat B, dan 4 pelajar mendapat C. Peratus lulus ialah 86.96% berbanding dengan 85.2% pada tahun lepas, meningkat 1.76%. Rekod terbaik sebelum ini ialah 86.7% yang dicipta pada tahun 2001.

Bahasa Inggeris pula mencipta rekod baru dengan 69.57% lulus (rekod lama 53.3% pada tahun 2005), di mana 1 pelajar mendapat B, dan 15 pelajar mendapat C. Peratus lulus pada tahun 2008 ialah 44.4%.

Matematik merupakan pencapaian mata pelajaran yang paling unggul dengan mencapai perningkatan sebanyak 32% berbanding tahun lepas. Peratus lulus 2008 ialah 59.3% dan peratus lulus tahun ini ialah 91.3% !! Terdapat 2 pelajar mendapat A, 9 pelajar mendapat B, dan 10 pelajar mendapat C. Rekod terbaik sebelum ini dicipta pada tahun 1997 sebanyak 84.0%.

Walaupun subjek Sains tidak mempunyai pelajar yang mendapat A, hanya 5 pelajar yang mendapat B dan 14 pelajar mendapat C, tetapi peratus lulusnya juga mencecah 82.61% dengan perningkatan sebanyak 19.61% berbanding tahun lepas. Rekod terbaik sebelum ini juga dicipta pada tahun 1997 sebanyak 68.0%.

Pelajar terbaik ialah Adik Veronica Jeramau Ak Idon dengan keputusan 2A3B, manakala kedudukan kedua baik ialah Adik Anissy Awa Ak Merbai & Adik Stura Ak Maramat dengan pencapaian 2A2B1C.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan ini dan semua pelajar yang bersama-sama mencipta rekod baru ini. Usaha anda selama ini tidak disia-siakan. Tidak lupa juga tahniah kepada guru besar, PK Kanan, guru-guru mata pelajaran, dan semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan ini. Berharaplah kejayaan akademik ini berterusan pada tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang.


*Tiada gambar, tidak sempat ambil gambar hari itu... :-)

No comments:

Post a Comment