Friday, May 7, 2010

Penyelenggaraan VSAT

SchoolNet telah menghadapi masalah pencapaian internet yang sangat lambat sejak kebelakangan 1 bulan ini, dan sering langsung tidak dapat melayari internet pada hari siang terutamanya waktu pejabat. Setelah mengadu kepada pihak GiTN, juruteknik dari vendor Jaring telah datang ke sekolah untuk meneliti masalah yang dihadapi.

Juruteknik tersebut telah datang ke sekolah pada 20 April 2010. Walaupun internet pada masa itu sudah pulih, tetapi internet masih tidak mengizinkan juruteknik tersebut untuk berinteraksi dengan pihak di Kuala Lumpur. 

Kemudian, juruteknik tersebut datang lagi ke sekolah pada 7 May 2010 untuk meneruskan kerjanya. Koordinat piring VSAT telah diatur semula supaya lebih tepat dengan kedudukan satelit.

Keadaan internet selepas itu menunjukkan signal yang lebih bagus, tetapi juruteknik tersebut juga mengaku keadaan capaian internet pada waktu pejabat memang sangat lambat dan tiada apa-apa langkah yang boleh dilakukan setakat ini.

Pada 20 April 2010....

Pada 20 April 2010...

Pada 7 May 2010...





No comments:

Post a Comment