Saturday, May 22, 2010

Konsert Akademi Sifar Sampah Kedua

Konsert Akademi Sifar Sampah Ke-2 telah diadakan pada pagi 21/05/2010. Sebanyak 5 calon telah disingkirkan pada minggu ini, iaitu:
  1. Cleopatra Senie (No. 13)
  2. Eviana Ritaza Sulah (No. 25)
  3. Kethren Mengan (No.26)
  4. Thierry Henry (No. 29)
  5. Fernandez Satt (No. 30)
Kepada calon yang tersingkir, berharap anda jangan putus asa, kerana undian masuk balik mungkin akan dibuat pada masa akan datang.

Kepada calon yang berjaya tinggal dalam akademi, tingkatkan usaha anda dan sentiasa bersiap sedia untuk penilaian oleh para hakim dari masa ke semasa.

30 calon bergambar sama sebelum konsert bermula...

Pengumuman keputusan undian SMS...

Persembahan lagu "Kebersihan 100 Persen"

Dari kiri: Cikgu Lena (Pengkritik Tetap), Cikgu Adi (Ketua Hakim), Cikgu Salleh (Pengkritik Tetap)

Sesi mengkritik: satu kali 5 calon...

Cik Sarimah selaku pengacara konsert...

Nyanyian "Jangan Pisahkan" sebelum sesi penyingkiran...

10 calon yang terendah markah dipanggil ke atas pentas, untuk mengumumkan 5 orang yang bakal keluar dari Akademi...

Tangisan calon yang sangka mereka disingkir, tangisan calon apabila diumumkan mereka benar-benar disingkir, dan tangisan calon lain yang melihat rakan mereka disingkir...

Upacara memegang bag bagasi: melambangkan mereka akan keluar dari akademi ini... Tetapi peluang masuk balik akademi masih ada (bergantung kepada keputusan pihak pengurusan sama ada hendak mengadakan sesi undian balik pada masa akan datang).

Ucapan Pengetua Akademi Sifar Sampah, En. Mokhzani Aris.

No comments:

Post a Comment