Wednesday, May 5, 2010

Pelancaran & Taklimat Akademi Sifar Sampah

Satu program menjaga kebersihan sekolah, namanya "Akademi Sifar Sampah" (ASS) telah dilancarkan pada hari ini. Program ini diubahsuai dari Akademi Fantasia dan diaplikasikan dalam pertandingan menjaga kebersihan individu dan kebersihan sekolah.

Satu taklimat diadakan pada 11.00 pagi ini untuk memberi penerangan terperinci kepada semua murid. Seramai 30 orang pelajar, di mana 5 orang setiap kelas dipilih sebagai calon untuk bertanding kebersihan individu. Pehakiman akan diadakan setiap 2 minggu, dan 4 calon akan disingkirkan, proses ini berterusan sehingga melahirkan juara. Para hakim & para pengkritik terdiri daripada guru dan kakitangan sokongan yang terpilih. Markah terbahagi kepada 2 kumpulan, iaitu 60% dari para hakim manakala 40% dari undian SMS (borang akan diedarkan nanti).

Pelbagai hadiah lumayan ditawarkan kepada pemenang, termasuklah dijemput mengikuti lawatan sambil belajar Tahun 6 pada hujung tahun, pakaian & beg sekolah, tiket wayang, dan sebagainya.

30 puluh orang pelajar yang terpilih sebagai calon ASS, dan Cikgu Adi Spaiee menerangkan tentang tujuan program ini, dan cara-cara pelaksanaan dan penghakimannya.

Para pelajar di dewan sedang mendengar taklimat...

Pemberian tag nama & nombor kepada calon-calon...

Pengenalan kepada lagu tema Akademi Sifar Sampah - "Kebersihan 100 Persen".

No comments:

Post a Comment