Wednesday, March 24, 2010

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah - Hari Kedua

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah pada hari kedua melibatkan pelajar Tahun 6 dan pelajar pra-sekolah.


Pelajar pra-sekolah hanya menyukat berat & tinggi sahaja...

Tuesday, March 23, 2010

Kem Pengawas - Persediaan

Kem Kepimpinan Pengawas 2010 akan bermula besok (24/03/2010). Pakcik sekolah sedang membina kem pentas / pusat operasi.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah - Hari Pertama

Suntikan jarum... hampir semua pelajar menakutinya.

Perkhidmatan kesihatan sekolah (School Heath Services) telah berlangsung pada hari ini untuk Tahun 1 dan Tahun 2. Ia dilaksanakan oleh pegawai kesihatan dari Klinik Nanga Tiga, Ulu Layar.


Satu suntikan untuk Tahun 2 manakala tiga suntikan untuk Tahun 1. Tetapi hanya 2 suntikan yang dibuat pada hari ini untuk Tahun 1, dan satu lagi suntikan akan diadakan pada minggu depan.

Selain suntikan, mereka juga mengukur ketinggian dan menimbang keberatan pelajar, dan pemeriksa




Pelajar Tahun 1 menonton TV untuk melegakan perasaan takut sebelum suntikan, dan melegakan perasaaan sakit selepas suntikan. Hanya 1 budak yang menanggis...

Monday, March 22, 2010

World Water Day : Clean Water for a Healthy World


Today is World Water Day. Please help save the uses of water for our future.

UN-Water has chosen ''Clean Water for a Healthy World" as theme for World Water Day 2010. The overall goal of the World Water Day on 22 March 2010 campaign is to raise the profile of water quality at the political level so that water quality considerations are made alongside those of water quantity.

For more details, please visit to the links below:

1. worldwaterday.org
2. unwater.org

Masa BM & BI ditambah pada 2011

Kabinet bersetuju masa pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditambah di sekolah rendah dan menengah selaras dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.

Sila melayari link berikut untuk maklumat selanjutnya:

1. http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=756
2. http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=753
3. http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=755

Thursday, March 18, 2010

Paip Air Putus


Sekolah telah mengalami ketiadaan air sejak tengah hari semalam (17/03/2010) , ini kerana paip air telah putus akibat batu besar yang terjatuh dari atas bukit. Beberapa usaha telah diadakan pada sebelah petang tetapi gagal menyambung balik paip tersebut.

Usaha diteruskan pada sebelah pagi Khamis. Pekerja pembersihan swasta dan sekuriti yang pergi melakukan kerja penyambungan kerana tukang paip sekolah (Pembantu Am Rendah) sedang bercuti. Paip yang pendek dan sudah berkali-kali sambung, dan ketiadaan paip baru menyukarkan kerja penyambungan.

Nasib baik kejadian ini berlaku pada cuti sekolah, hanya staf sokongan yang terjejas daripada kejadian ini. Air mula pulih pada tengah hari Khamis.


Friday, March 12, 2010

Selamat Bercuti

Cuti Pertengahan Penggal 1/2010 telah bermula pada 12.oo tengah hari ini. Selamat bercuti diucapkan kepada murid-murid yang penat belajar & cikgu-cikgu yang penat mengajar.

Cuti akan bermula pada 13/03/2010 (Sabtu) hingga 21/03/2010 (Ahad), murid-murid asrama diingatkan supaya balik ke sekolah pada 21/03/2010. Jangan bercuti sampai lupa tarikh ya... hehe

Happy Holiday !!!