Wednesday, December 15, 2010

Konsert Akademi Sifar Sampah 2010 - Pusingan Akhir @ 18/11/2010

Konsert Akademi Sifar Sampah Pusingan Akhir untuk Tahun 2010 telah diadakan pada tengah hari 18 November 2010, iaitu selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Sesi 2010. Calon-calon yang menang untuk pelbagai kategori telah diumumkan pada konsert tersebut.

Konsert pusingan akhir ini dilangsungkan dengan suasana yang cukup meriah kerana dewan kali pertama dibanjiri oleh ibubapa yang datang untuk menyaksikan aksi-aksi dan tarian anak-anak mereka.

Kesemua calon, sama ada yang masuk pusingan akhir atau yang sudah tersingkir pada pusingan sebelum ini, bersama-sama menyanyikan lagu tema Akademi Sifar Sampah "Kebersihan 100%". Mentor tarian, Pn Maureen juga turut menari bersama...

Diikuti dengan lagu perpisahan "Jangan Pisahkan"...

Juruacara mengumumkan kedudukan rangking yang terbaru sebelum undian terakhir dijalankan oleh para pelajar dan ibubapa...

Antara 3 daripada 13 calon yang memasuki pusingan akhir.
Dari kiri: No:5 Alis Mas Lin, No:3 Rovena Florence, & No:4 Jonathan Jubin.

Antara 5 daripada 13 calon yang memasuki pusingan akhir.
Dari kiri: No:17 Octavia Ranab, No:6 Fitimah, No:16 Mathius Holly, No:14 Saluna, No:18 Walter Darren.

5 calon terakhir yang memasuki pusingan akhir.
Dari kiri: No:27 Belonia Biah, No:21 Alice Mang, No:19 Celine Mary, No:20 Maxglend Owen, dan No:24 Jeffry Jelian.

Pemenang Kategori Asrama Terbersih: Asrama Perempuan

Pemenang Kategori Kelas Terbersih: Tahun 6

Pemenang Kategori Penjaga Kawasan Terbersih: Kumpulan Teratai

Sesi bergambar untuk semua calon pusingan akhir...


No comments:

Post a Comment