Thursday, March 18, 2010

Paip Air Putus


Sekolah telah mengalami ketiadaan air sejak tengah hari semalam (17/03/2010) , ini kerana paip air telah putus akibat batu besar yang terjatuh dari atas bukit. Beberapa usaha telah diadakan pada sebelah petang tetapi gagal menyambung balik paip tersebut.

Usaha diteruskan pada sebelah pagi Khamis. Pekerja pembersihan swasta dan sekuriti yang pergi melakukan kerja penyambungan kerana tukang paip sekolah (Pembantu Am Rendah) sedang bercuti. Paip yang pendek dan sudah berkali-kali sambung, dan ketiadaan paip baru menyukarkan kerja penyambungan.

Nasib baik kejadian ini berlaku pada cuti sekolah, hanya staf sokongan yang terjejas daripada kejadian ini. Air mula pulih pada tengah hari Khamis.


No comments:

Post a Comment