Friday, July 23, 2010

Sesi Perbincangan Akademi Bersama IbuBapa/Penjaga Murid Tahun 4 Hingga Tahun 6

Satu sesi perbincangan prestasi akademi bersama ibubapa/penjaga telah diadakan pada pagi 23/07/2010 di dewan sekolah. Ibubapa/Penjaga murid Tahun 4 sehingga Tahun 6 dijemput hadir untuk mendengar ceramah tentang peranan ibubapa/penjaga dalam membantu meningkatkan prestasi akademi anak-anak mereka semasa anak mereka pulang ke rumah panjang pada hujung minggu.

Selain itu, ibubapa/penjaga juga berpeluang untuk mengetahui perkembangan prestasi akademi terkini anak mereka terutama yang akan menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini nanti. Sesi soal jawab juga diadakan pada penghujung taklimat untuk sebarang pertanyanan.

Taklimat dari PK HEM, Cikgu Salleh, tentang peranan ibubapa/penjaga semasa anak mereka berada di rumah pada hujung minggu; dan kepentingan ibubapa/penjaga menyediakan peralatan alatulis dan pakaian segaram yang sempurna supaya anak mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa.

PK Kanan, Cikgu Adi menerangkan tentang perkembangan prestasi akademi murid-murid Tahun 4 sehingga Tahun 6; dan memberitahu ibubapa/penjaga mana satu subjek kritikal yang perlu memberi perhatian terhadap anak mereka.

Para ibubapa/penjaga yang hadir...

Taklimat akhir dari Guru Besar, Cikgu Stephen membuat kesimpulan terhadap taklimat sesi ini; dan juga mengumumkan beberapa perkara yang berkaitan dengan sekolah dan PIBG. Guru Besar kemudian juga mempengerusikan sesi soal jawab.

No comments:

Post a Comment