Friday, July 16, 2010

Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM 2010

Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah sempurna diadakan pada 16/07/2010. Semua pelajar dari Tahun 2 sehingga Tahun 6 layak menerima bantuan ini kecuali 3 pelajar yang mendapat bantuan E-Kasih. Pelajar Tahun 1 pula hanya layak menerimanya pada tahun depan.

Sebelum pemberian duit KWAPM, satu taklimat telah diberikan kepada ibubapa / penjaga tentang tujuan KWAPM ini dan berharap ibubapa / penjaga menggunakan duit tersebut ke atas perkara yang benar-benar membantu pelajaran pelajar, contohnya membeli alat tulis atau pakaian seragam pelajar.

Guru Besar juga mengambil kesempatan ini untuk menerangkan keadaan bekalan elektrik sekolah, dimana bermula bulan Julai 2010, bekalan minyak untuk generator elektrik sekolah hanya 14.5 jam sehari berbanding dengan 24 jam sehari sebelum ini.


Taklimat dari Guru Besar...

Taklimat dari Penolong Kanan 1...

Taklimat dari Penolong Kanan HEM...

Ibubapa / Penjaga yang hadir...

Cikgu Dunstan menyerahkan duit KWAPM kepada salah seorang pelajarnya...

Keadaan di kelas Tahun 2....

No comments:

Post a Comment