Monday, January 11, 2010

Kaji Semula Bantuan Makan Pelajar Asrama

Pelaksanaan baru bantuan makan pelajar tinggal di asrama beberapa jenis sekolah Kementerian Pelajaran diminta dikaji semula bagi mengelakkan pelbagai kesan negatif, antaranya tahap keselamatan dan peningkatan belanja.

Pekeliling berkaitan tahun lalu menyatakan peruntukan makan pelajar terbabit akan dikurangkan daripada 250 hari kepada 200 hari bagi sekolah berasrama dan 270 kepada 250 hari di sekolah pendidikan khas.


*Artikel dari www.bharian.com.my

Teks Ucapan Tahun Baru 2010 - Kementerian Pelajaran

Link berikut ialah Teks Ucapan Tahun Baru 2010 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, diucap oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, pada 7 Januari 2010, Pukul 8.40 Pagi, di Putrajaya International Convention Centre.

Perutusan Tahun Baru 2010

Friday, January 8, 2010

Takziah kepada Pn Helen

Takziah diucapkan kepada Pn. Helen, kerana bapa saudaranya telah meninggal dunia. Sehubungan dengan itu, Pn. Helen telah mengambil cuti dan tugasnya akan diambil-alih oleh En. Jeffrey Grifin Derai.

Thursday, January 7, 2010

Takziah kepada Pn Patricia

Takziah diucapkan kepada PPM (Pra), Pn. Patricia, kerana datuknya telah meninggal dunia. Sehubungan dengan itu, Pn Patricia telah memohon cuti untuk balik kampung dari 04/01/2010 sehingga 08/01/2010. Tugasnya akan diuruskan sementara waktu oleh Pn. Maureen.

Tuesday, January 5, 2010

Gotong-royong pada petang hari pertama persekolahan

Satu gotong-royong diadakan pada sebelah petang hari Isnin, hari pertama persekolahan sesi 2010, untuk membersihkan bilik stor buku teks, bilik darjah kelas pemulihan yang banjir, dan bilik mandi di asrama baru.





Hari Pertama Persekolahan Sesi 2010

Kawasan sekolah penuh lagi dengan suara budak-budak setelah persekolahan sesi baru bermula. Murid baru untuk Tahun 1 ialah 30 orang manakala murid baru untuk pra-sekolah ialah 13 orang, dan jumlah murid yang berdaftar ialah 147 orang.


Pelajar Tahun 1....

Pelajar pra-sekolah...kebanyakan masih belum bersesuaian dengan kehidupan bersekolah...

Pendaftaran Pelajar & Pengambilan Buku Teks

Cuti sudah tamat, dan murid-murid pulang ke sekolah pada 03 Jan 2010, hari Ahad. Pendaftaran pelajar ke sekolah & asrama bermula pada pukul 2 petang.

Pengagihan buku teks dari stor ke bilik darjah masing-masing.

Ibu bapa yang tunggu di luar bilik darjah.



Keadaan dalam kelas...




Ibu bapa temani anak-anak mereka yang akan masuk Tahun 1.


Beratur untuk mengambil buku teks...