Wednesday, October 6, 2010

Pertukaran Tarikh Sukan Tahunan 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat sekolah pada hari ini telah menukar tarikh Sukan Tahunan Sk. St. John dari dua (2) hari kepada tiga (3) hari.

Ini adalah kerana banyak acara pertandingan terbuka yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG. Memandangkan aktiviti-aktiviti ini susah dilaksanakan dalam masa 2 hari, maka pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh sukan kepada 3 hari.

Tarikh yang asal ialah 13/10/2010 (Rabu) sehingga 14/10/2010 (Khamis), 2 hari.
Manakala tarikh yang baru ialah dari 12/10/2010 (Selasa) sehingga 14/10/2010 (Khamis), 3 hari.

No comments:

Post a Comment