Wednesday, August 4, 2010

Konsert Akademi Sifar Sampah ke-4 @ 30/07/2010


Konsert Akademi Sifar Sampah ke-4 telah berjaya diadakan pada 30/07/2010 di dewan sebarguna sekolah. Hanya 20 calon sahaja yang berada pada konsert ini selepas menyingkirkan 10 calon sebelum ini.

Mathius Holly, Juara SMS yang bertahan dari mula sehingga sekarang...

Hanya seorang hakim sahaja pada konsert hari ini, iaitu Cikgu Harith Lena; manakala seorang lagi hakim iaitu Cikgu Salleh tidak dapat hadir...


Tema pakaian untuk konsert hari ini ialah pakaian sukan. Oleh itu, semua calon telah menukar kepada pakaian sukan sebelum masuk ke dewan. Kebanyakan calon memilih baju sukan yang melambangkan warna rumah sukan mereka.

Dari kiri: Alice Mang (No.21), Celine Mary (No.19), Maxglend Owen (No.20), Jeffry Jelian (No.24), dan Belonia Biah (No.27)

Dari kiri: Fitimah (No.6), Angela Lata Sawai (No.9), Schmacher Meling (No.10), Veronica Sendor (No. 12), dan Alesterboy Santap (No.8)

Dari kiri: Walter Darren (No.18), Mathius Holly (No.16), Octavia Ranab (No.17), Roselind Nain (No.15), and Saluna (No.14).

Dari kiri: Rovena Florence (No.3), Alis Mas Lin (No.5), Jonathan Jubin (No.4), Mark Webber (No. 1), dan Hosanna Evelyn (No.2)




Dalam konsert kali ini, beberapa juara kategori telah diumumkan untuk bulan Jun dan Julai. Piala pusingan ini boleh disimpan oleh pemenang selama 1 bulan sebelum keputusan diumumkan pada bulan akan datang. Ini bermaksud piala tersebut akan beralih tangan jika pemenang tidak dapat mengekalkan kedudukan di tempat pertama. Juara Kategori Kelas Terbersih dimenangi oleh kelas Tahun 5, Juara Kategori Asrama Terbersih dimenangi oleh Asrama Perempuan, manakala Juara Kategori Kawasan Terbersih dimenangi oleh Kumpulan Kemboja.
 
Juara Kawasan Terbersih, dimenangi oleh Kumpulan Kemboja.

Juara Kelas Terbersih, dimenangi oleh Kelas Tahun 5.

Juara Asrama Terbersih, dimenangi oleh Asrama Perempuan.


Berbeza dengan konsert yang lepas dimana 5 calon disingkirkan setiap kali, seramai 7 calon telah disingkirkan dalam konsert hari ini. Bilangan calon yang akan disingkirkan tidak diumumkan pada permulaan konsert menyebabkan ramai calon berasa gementar dan bertakutan. Ini menyebabkan ada beberapa calon yang menitiskan air mata apabila nama mereka dipanggil. Calon yang tersingkir dalam konsert ASS kali ini ialah:
  1. Mark Webber (No.1)
  2. Hosanna Evelyn (No.2)
  3. Alesterboy Santap (No.8)
  4. Angela Lata Sawai (No.9)
  5. Schmacher Meling (No.10)
  6. Veronica Sendor (No.12)
  7. Roselind Nain (No.15)
Reaksi calon-calon yang berkemungkinan disingkirkan...

Calon yang tersingkir berjabat tangan dengan hakim dan para urusetia Akademi, manakala calon yang masih kekal dalam Akademi juga berjabat tangan dengan calon yang akan keluar...

Calon yang tersingkir pada minggu ini. Dari kiri: Roselind Nain, Alesterboy Santap, Veronica Sendor, Schmacher Meling, Mark Webber, Angela Lata Sawai, dan Hosanna Evelyn.

Tinggal 13 calon sahaja untuk cabaran seterusnya...

No comments:

Post a Comment