Thursday, April 22, 2010

Dam Air yang Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa dam air sekolah telah bertukar ke lokasi baru. Dipercayai dam air ini akan dapat menampung kadar penggunaan air yang semakin meningkat di sekolah, dan dapat menangani masalah ketiadaan air pada musim kemarau.

Dam air yang dinanti-nantikan telah siap dibina pada 27/03/2010 setelah beberapa kali gotong-royong sejak awal tahun ini, manakala penyambungan paip terakhir yang menyambungkan paip baru dan paip lama telah berjaya dilaksanakan pada 21/04/2010. Isu tentang dam baru sebelum pembinaan berjaya diatasi seperti masalah lokasi, masalah laluan tanah kawasan kampung, masalah kewangan, masalah hari gotong-royong, dan sebagainya. Ini adalah hasil usaha pihak pentadbir sekolah, PIBG, dan penduduk setempat.

Sekarang, semua warga Sk St John dapat menikmati air yang lebih bersih dan terjamin penawarannya. Penyambungan paip ke asrama baru juga akan dilakukan dalam masa yang tersingkat supaya pelajar asrama dapat menikmati infrastruktur ini.

No comments:

Post a Comment