Thursday, January 28, 2010

Minggu Orientasi Pelajar Asrama (Hari Ke-2, 26/01/2010)

Pada hari kedua minggu orientasi (26/01/2010), pelbagai aktiviti telah mula diadakan. Ceramah 1 yang diadakan pada petang hari ini ialah pasal disiplin pelajar, diterangkan oleh PK HEM, Cikgu Salleh. Pelbagai aspek disiplin tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan diterangkan kepada pelajar.

Riadah yang berlangsung selepas ceramah ialah "Music Paper". Cara permainannya, murid dibahagikan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan akan diberikan 3 keping surat khabar. Apabila muzik dimainkan murid akan mengelilingi kertas surat khabar dan berhenti di atas apabila muzik dihentikan. Pengajaran daripada aktiviti ini ialah supaya murid perlu merebut peluang yang ada untuk mencapai cita-cita, dan murid juga peka dengan setiap maklumat dan arahan yang disampaikan.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 yang berlangsung pada malam ialan Pengenalan Diri dan Menyampaikan Pesan. Pengenalan Diri diadakan supaya murid yang senior dapat mengenali murid yang junior, manakala junior dapat mengenali senior. Untuk acara Menyampaikan Pesan, setiap kumpulan akan membuat 1 barisan panjang. Peserta pertama dikehendaki menghafal skrip yang disediakan dalam masa 5 minit. Selepas itu, peserta pertama menyampaikannya kepada peserta kedua manakala peserta kedua menyampaikan kepada peserta ketiga dan peserta seterusnya. Peserta terakhir pula perlu menulisnya dalam kertas yang disediakan.

Semua pelajar memakai name tag sepanjang masa...

Ceramah 1: Disiplin Pelajar, oleh PK HEM, Cikgu Salleh...

Mendengar ceramah dengan teliti...

Jangan terkejut, bukan ceramah boring yang menyebabkan semua tidur, tapi ini antara perbuatan yang disuruh oleh penceramah...

Interaksi antara penceramah dengan murid...


Riadah 1: Music paper...

Kertas ditukar kepada kerusi, kerana semua kertas koyak selepas pusingan pertama, hahaha....

Kumpulan 4...

Kumpulan 2...

Peserta yang kalah berdiri di tepi, dan memberi sokongan kepada peserta kumpulan masing-masing...

Finalist...

Senaman petang dan tarian, diketuai oleh Pn. Maureen (PPM).




Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pada sebelah malam...

No comments:

Post a Comment