Penilaian Program Akademi Sifar Sampah (ASS) dibahagi kepada 4 kategori utama, iaitu Penilaian Individu, Penilaian Kebersihan Kelas, Penilaian Kebersihan Asrama, dan Penilaian Kebersihan Kawasan. Penghakiman dilakukan oleh hakim yang berlainan untuk kategori berlainan.
Penilaian Individu:
Setiap kelas diwakili oleh 5 calon yang dipilih oleh guru kelas, dengan jumlahnya 30 calon yang akan bertanding untuk menjadi juara. Ini merupakan bahagian yang paling penting dalam Program ASS, penghakiman terhadap individu melibatkan para hakim dan para warga sekolah, di mana 60% dari para hakim manakala 40% dari undian SMS oleh para warga sekolah (menggunakan borang). 4 atau 5 calon yang rendah markah akan disingkirkan setiap dua minggu sehinggalah menghasilkan juara. Calon yang tersingkir mungkin masih mempunyai peluang untuk undian masuk balik Akademi, ini bergantung kepada keadaan pada masa akan datang. Setiap hari Jumaat akan diadakan Konsert ASS untuk mengumumkan keputusan SMS, dan para calon juga dikehendaki melatih menyanyi dan menari lagu tema ASS iaitu "Kebersihan 100 Persen". Satu lagi lagu bertajuk "Jangan Pisahkan" juga dilatih untuk dipersembahkan dalam Konsert ASS untuk calon yang disingkirkan. Penilaian dilakukan sebanyak 5 kali seminggu manakala undian SMS ialah 1 kali seminggu.
Pembahagian Markah Penilaian Individu (60%):
- Kebersihan Diri - 30%
- Pakaian - 25%
- Persekitaran Murid - 25%
- Tingkah Laku dan Penampilan - 20%
Penilaian Kebersihan Kelas:
Ini merupakan pertandingan antara kelas untuk memilih kelas yang paling bersih, sihat, dan ceria pada penghujung Program ASS. Penilaian dilakukan sebanyak 5 kali seminggu.
Pembahagian Markah Penilaian Kebersihan Kelas:
- Kebersihan Lantai - 20%
- Kebersihan Luar Kelas & Parit / Longkang - 15%
- Susunan Kerusi Meja - 15%
- Kebersihan Tingkap & Dinding - 15%
- Uniform Murid - 15%
- Keadaan Tong Sampah - 10%
- Keceriaan - 10%
Penilaian Kebersihan Asrama:
Ini merupakan pertandingan antara asrama lelaki dan asrama perempuan untuk memilih asrama yang paling bersih dan teratur pada penghujung Program ASS. Penilaian dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.
Pembahagian Markah Penilaian Kebersihan Asrama:
- Lantai - 20%
- Almari & Katil - 10%
- Tingkap & Dinding - 10%
- Tong Sampah - 10%
- Tandas - 15%
- Bilik Mandi / Air - 15%
- Beranda & Longkang - 10%
- Keceriaan - 10%
Penilaian Kebersihan Kawasan:
Kawasan sekolah dibahagi kepada 4 kawasan, iaitu Kawasan A (Blok Dewan Makan), Kawasan B (Blok Kelas), Kawasan C (Padang & Asrama), dan Kawasan D (Pejabat & Kuanters Staf). Semua murid dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu Kumpulan Kemboja, Kumpulan Orkid, Kumpulan Mawar, dan Kumpulan Teratai, untuk menjaga kebersihan setiap kawasan. Setiap kumpulan akan bertukar kawasan jagaan setiap bulan. Penilaian dilakukan sebanyak 3 kali seminggu untuk memilih kumpulan yang paling menjaga kebersihan.
Pembahagian Markah Penilaian Kebersihan Kawasan:
- Kebersihan Kawasan - 50%
- Keceriaan - 15%
- Kehadiran & Kerjasama Ahli Kumpulan - 25%
- Markah Merit (Bonus) / Dimerit: 10% (-10%)
No comments:
Post a Comment