Sinaran matahari sudah terang dan panas, tapi awan masih kelihatan di atas bukit, pandangan ke arah asrama dan padang sekolah pada suatu pagi....
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700 Betong, Sarawak
Email: ycb2408@gmail.com
No Tel/Fax: Tiada
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Saturday, September 11, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Tuesday, August 10, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Membaiki Paip Air
Paip yang menyalurkan air kepada sekolah telah putus pada sebelah petang 13/06/2010 kerana hujan lebat. Beberapa kakitangan sekolah dan pekerja swasta sekolah telah pergi membaikinya pada keesokan harinya.
Paip yang berhampiran dengan 'dam' air telah putus ditumbang oleh dahan pokok yang mati.
Membersihkan dam...
Menyambung balik paip yang putus...
Satu lagi bahagian paip yang putus, mungkin sebab dihentam oleh batu besar...
Membawa batang paip baru...
Pecah dibahagian tengah paip...
Kerja penyambungan bertambah susah kerana berada di pinggir yang curam...
Berdiri di dalam lumpur...
Berjaya diselesaikan setelah beberapa kali usaha penyambungan...
Thursday, May 27, 2010
Selamat Gawai Dayak 2010
Pihak pentadbir Sk St John mengucapkan Selamat Gawai Dayak, Gayu-Guru Gerai-Nyamai kepada semua guru, kakitangan sokongan, ahli PIBG, dan murid-murid sekalian. Semoga semua berhati-hati di jalan raya bagi sesiapa yang balik kampung.
Friday, April 23, 2010
Laman Web Sekolah
Fasilitator Schoolnet telah membina satu laman web untuk sekolah. Alamat web adalah seperti berikut:
Sila melayarinya untuk lebih mengenali sekolah, dan mengetahui perkara semasa yang berlangsung di sekolah. Walaupun begitu, website masih dalam proses pembinaan dan maklumat belum lengkap dipaparkan.
Thursday, April 22, 2010
Dam Air yang Baru
Sukacita dimaklumkan bahawa dam air sekolah telah bertukar ke lokasi baru. Dipercayai dam air ini akan dapat menampung kadar penggunaan air yang semakin meningkat di sekolah, dan dapat menangani masalah ketiadaan air pada musim kemarau.
Dam air yang dinanti-nantikan telah siap dibina pada 27/03/2010 setelah beberapa kali gotong-royong sejak awal tahun ini, manakala penyambungan paip terakhir yang menyambungkan paip baru dan paip lama telah berjaya dilaksanakan pada 21/04/2010. Isu tentang dam baru sebelum pembinaan berjaya diatasi seperti masalah lokasi, masalah laluan tanah kawasan kampung, masalah kewangan, masalah hari gotong-royong, dan sebagainya. Ini adalah hasil usaha pihak pentadbir sekolah, PIBG, dan penduduk setempat.
Sekarang, semua warga Sk St John dapat menikmati air yang lebih bersih dan terjamin penawarannya. Penyambungan paip ke asrama baru juga akan dilakukan dalam masa yang tersingkat supaya pelajar asrama dapat menikmati infrastruktur ini.

Friday, March 26, 2010
Thursday, March 18, 2010
Paip Air Putus

Sekolah telah mengalami ketiadaan air sejak tengah hari semalam (17/03/2010) , ini kerana paip air telah putus akibat batu besar yang terjatuh dari atas bukit. Beberapa usaha telah diadakan pada sebelah petang tetapi gagal menyambung balik paip tersebut.Usaha diteruskan pada sebelah pagi Khamis. Pekerja pembersihan swasta dan sekuriti yang pergi melakukan kerja penyambungan kerana tukang paip sekolah (Pembantu Am Rendah) sedang bercuti. Paip yang pendek dan sudah berkali-kali sambung, dan ketiadaan paip baru menyukarkan kerja penyambungan.
Nasib baik kejadian ini berlaku pada cuti sekolah, hanya staf sokongan yang terjejas daripada kejadian ini. Air mula pulih pada tengah hari Khamis.
Friday, March 12, 2010
Selamat Bercuti
Cuti Pertengahan Penggal 1/2010 telah bermula pada 12.oo tengah hari ini. Selamat bercuti diucapkan kepada murid-murid yang penat belajar & cikgu-cikgu yang penat mengajar.
Cuti akan bermula pada 13/03/2010 (Sabtu) hingga 21/03/2010 (Ahad), murid-murid asrama diingatkan supaya balik ke sekolah pada 21/03/2010. Jangan bercuti sampai lupa tarikh ya... hehe
Happy Holiday !!!

Monday, December 14, 2009
Tiada Bekalan Elektik
Sekolah telah diputuskan bekalan elektrik oleh kontraktor elektrik generator mulai 11/12/2009, Jumaat petang. Ini adalah kerana kontrak antara kontraktor dan kerajaan telah tamat, dan penyambungan kontrak masih dalam proses perbincangan. Oleh itu, tiada minyak akan dibekalkan kepada sekolah setakat ini.
Siapa-siapa cikgu dan staf sokongan yang masih mempunyai daging / makanan dalam peti sejuk sila uruskan segera untuk mengelakkan kerosakan dan pembaziran makanan.
Harap maklum.
Siapa-siapa cikgu dan staf sokongan yang masih mempunyai daging / makanan dalam peti sejuk sila uruskan segera untuk mengelakkan kerosakan dan pembaziran makanan.
Harap maklum.
Wednesday, December 2, 2009
Sk St John Is Now On Facebook
Dengan bangganya diumumkan bahawa Sk St John sekarang mempunyai Facebook pages. Segala infomasi terkini akan dipaparkan pada muka facebook. Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai kumpulan ini pada link ini: www.facebook.com/group.php?gid=110106999963
Sesiapa yang belum mempunyai akaun Facebook boleh menyertai Facebook pada link berikut: www.facebook.com
Sesiapa yang belum mempunyai akaun Facebook boleh menyertai Facebook pada link berikut: www.facebook.com
Subscribe to:
Posts (Atom)