Wednesday, May 19, 2010

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17/05/2010, Isnin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku",lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa", lagu "Guru Pendidik Kenyalang" & lagu "Guru Malaysia". 

Selepas majlis sambutan di dewan, beberapa acara sukaneka padang diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru yang bermakna ini. Semua guru, staf sokongan dan pelajar Tahun 6 dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu Kumpulan BM, Kumpulan BI, Kumpulan Sains, dan Kumpulan Matematik.


Nyanyian lagu-lagu...

Nyanyian lagu-lagu...

Murid-murid....

Ucapan perasmian majlis, oleh Cikgu Adi Spaiee, PK 1.

Ucapan dari wakil pelajar, Adik Octavia Ranab.

Memotong kek...



Hadiah ikhlas dari para murid walaupun sebungkus Mee Sedap... :-D

Acara senam aerobik oleh pelajar Tahun 6, para guru & staf sokongan. Tapi nampaknya kurang guru & staf yang menyertainya, hanya kenampakan pelajar Tahun 6 yang dipaksa-paksa. (Tengok muka dah tahu) Cuaca panas alasannya...

Sukaneka 1: Meniup Belon.

Peserta dikehendaki meniup belon yang paling besar dalam masa 30 saat. Setiap kumpulan hantar 2 peserta, satu dari pelajar manakala satu dari staf.

Cikgu Adi Spaiee, PK1...

Tiup samapi pecah belon pula. Sorry, kumpulan anda sudah pasti kalah...


Sukaneka 2: Sambung bata. Tengok kumpulan mana yang paling cepat sampai destinasi.

Sambung bata ke sambut bata ??? Hmmm...



Sukaneka 3: Kereta Sorong. 
Semua staf nampak happy bermain dalam game ni, cuma kasihan sikit murid tu... (Pandangan peribadi)

Sukaneka 4: Ping Pong dalam sudu.

Sukaneka 5: Sambut telur ayam. Kumpulan yang dapat menyambut telur ayam pada jarak yang paling jauh dikira menang. Cubaan banyak kali dibenarkan dengan 1 biji telur sahaja. Jika telur pecah, jarak yang dicapai sebelum itu diambil kira.

No comments:

Post a Comment