Kem 1 Malaysia ini diadakan di Pantai Tanjung Kembang, Kabong, Saratok, Sarawak. 27 orang murid dari Tahun 4 & Tahun 5 telah menyertai kem ini untuk tempoh 4 hari. Budak-budak Sk St John mendapat pengalaman bermalam di dalam khemah, berpeluang berinteraksi dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain, dan juga bermain pelbagai permainan tradisional.
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700 Betong, Sarawak
Email: ycb2408@gmail.com
No Tel/Fax: Tiada
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Thursday, November 5, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 >> Hari Ketiga & Keempat (31/10/2009-01/11/2009)
Pada hari ketiga dan keempat, tempat yang dikunjungi ialah Kampung Budaya, Muzium Kucing, Wisma Satok & Sunday Market, Waterfront, Boulevard Shopping Mall, & Kuching International Airport. Selepas lunch di Serian pada hari Ahad, rombongan lawatan pun balik ke Betong, dan sampai sekolah pada lebih kurang 6pm. Budak-budak penuh dengan kegembiraan, kesedihan, dan keletihan juga...

Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 >> Hari Pertama & Kedua (29/10/2009-30/10/2009)
Seramai 23 orang pelajar Tahun 6 dan 10 orang guru dan staf telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 pada tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, destinasi lawatan ialah Bandaraya Kuching, memandangkan kebanyakan murid tak pernah lagi melawat ke Kuching, Ibu Negeri Sarawak.
Awal pagi pukul 8 pada 29/10/2009, murid-murid yang menyertai lawatan telah berkumpul di Klinik Nanga Tiga untuk bertolak ke Simpang Layar (tempat berkumpul), dan mereka bertolak pada pukul 10 pagi dengan 1 van sewa dan 5 buah kereta guru & staf.
Tempat penginapan di Kuching ialah Hock Hua Inn. Antaranya tempat yang dilawati termasuklah Jong's Crocodile Farm, Planetarium, Dewan Suarah, RTM, Muzium Sarawak, Wisma Saberkas, The Spring, & Wisma Hock Lee.

Thursday, October 29, 2009
Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 betolak hari ini
Murid-murid Tahun 6 yang menyertai Lawatan Sambil Belajar 2009 telah bertolak pada awal pagi ini. Mereka akan melawat ke Bandaraya Kuching selama 4 hari 3 malam. Seramai 23 orang murid dan 10 staf yang mengikuti lawatan kali ini.
Guru dan staf yang mengiringi lawatan ini termasuklah Cikgu Uding, Cikgu Elizabeth, Cikgu Johnathan, Cikgu Doria, En. Wan Malek, En. Ahmad Zaidi, En. Aris, Pn. Norasila, Cik Sarimah, dan Cik Laura.

Wednesday, October 28, 2009
Kem 1 Malaysia
Seramai 27 orang pelajar dari SK St John telah menyertai Kem 1 Malaysia di Kabong, Saratok pada hari ini. Mereka terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan yang terpilih dari Tahun 4 & Tahun 5.
Kem ini adalah anjuran pihak kementerian dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, dan akan berlangsung pada hari ini (28/10/2009) sehingga hari Sabtu (31/10/2009). Murid-murid telah bertolak dari sekolah pada pukul 12 tengah hari, dan akan melapor diri di sana selepas pukul 2 petang.
Guru pengiring untuk kem ini ialah Cikgu Dunstan dan Cikgu Wan Norulhuda. Ini bermakna mereka tidak dapat mengikuti Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 yang akan bertolak pada besok pagi.

Monday, October 12, 2009
Lawatan 1 Malaysia (7 - 10 Oct 2009)
Lawatan 1 Malaysia.
Seramai 16 orang pelajar dari Sk St John telah dipilih untuk mengikuti Lawatan 1 Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran pada 7 Okt hingga 10 Okt. Pelajar-pelajar ini berpeluang untuk melancong ke Bandaraya Kuching dan melawat pelbagai tempat pelancongan yang menarik.
Seramai 8 pelajar dari Tahun 5, 7 pelajar dari Tahun 4, dan seorang lagi pelajar dari Tahun 6 telah bertuah dipilih untuk mengikuti lawatan ini. Guru yang turut mengikuti lawatan ini ialah Cikgu Bau Richard dan Cikgu Wan Bujang.
Walaupun namanya Lawatan 1 Malaysia, tetapi destinasi lawatan hanya terhad pada Kuching satu bandar sahaja. Mungkin nama ditukar kepada Lawatan 1 Kuching boleh dipertimbangkan. (Just Kidding)

Subscribe to:
Posts (Atom)