Showing posts with label Gotong-Royong. Show all posts
Showing posts with label Gotong-Royong. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Gotong-royong Membuka Dewan

Gotong-royong dari PIBG telah diadakan untuk membuka dewan pada 01/10/2010 (Jumaat). Tujuan pihak sekolah menanggung proses merobohkan dewan adalah kerana pihak sekolah dapat menyimpan kayu dan atap yang masih dalam keadaan baik untuk tujuan masa depan.

Membuka kipas dan rangkaian wayar...

Membuka dinding...













Seorang bapa murid yang ada memakai topi keledar keselamatan...



Para ibu tolong mengangkat kayu ke stok...



Mengangkut atap bumbung ke bilik stok...

Membuka bumbung dewan...



Tidak cukup tempat untuk letak kayu, terpaksa berkumpul di luar...

Sudah siap, bersedia untuk dewan yang baru....

Tuesday, September 28, 2010

Gotong-Royong Mengubahsuai Asrama Lama Menjadi Dapur Dan Dewan Makan Sementara

Satu gotong-royong yang menglibatkan semua guru dan staf sokongan telah diadakan pada sebelah petang untuk membersihkan asrama lama dan mengubahsuainya menjadi dapur dan dewan makan yang sementara. Ini kerana dapur dan dewan makan yang asal akan dirobohkan untuk membina dewan serbaguna yang baru.

Antara tugas yang dilakukan ialah membuka katil murid, mengemas & membersih asrama lama, packing peralatan dapur, menyambung paip, dan sebagainya.





Turut dibantu oleh pekerja pembersihaan swasta...





Murid-murid membantu membersihkan kawasan...










Saturday, March 27, 2010

Gotong-Royong 27/03/2010

Satu gotong-royong yang melibatkan pihak PIBG telah diadakan pada hari ini. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membuat tandas di pra-sekolah dan meneruskan kerja pembinaan dump air. Rumah panjang yang terlibat untuk gotong-royong kali ini ialah RH Nanga Tiga, RH Penyuluk, & RH Nanga Mutok.

Pada awal pagi, pelajar diarahkan untuk membersihkan kipas asrama dan mengutip sampah di sekeliling sekolah.

Selepas itu, pelajar disuruh membersihkan kawasan pelupusan sampah. Ini kerana pelajar selama ini jarang membuang sampah betul-betul di kawasannya.

Pelajar disuruh membersihkan jalan yang menuju ke kawasan pelupusan sampah.

Kemudian, pelajar lelaki diminta mengangkut pasir dan batu dari sungai, untuk membina jalan ke kawasan pelupusan sampah. Semua pelajar yang terlibat selepas itu dibelanja air Cola oleh waden.

Untuk ibu bapa, sebahagiannya dibahagikan kerja untuk membina sebuah tandas untuk pra-sekolah. Stor dalam bilik pra diubahsuaikan sebagai tandas, ini akan memudahkan pelajar pra-sekolah supaya tidak perlu jalan ke tandas pelajar yang agak jauh dari bilik pra.

Para bapa membuat konkrit simen manakala para ibu mengangkut konkrit tersebut ke tandas baru...

*Tiada gambar untuk keadaan gotong-royong di dump air kerana tempatnya jauh dari sekolah, tetapi sana melibatkan lebih banyak para ibu bapa kerana ia merupakan projek yang besar.