Pihak pentadbir Sk St John mengucapkan Selamat Gawai Dayak, Gayu-Guru Gerai-Nyamai kepada semua guru, kakitangan sokongan, ahli PIBG, dan murid-murid sekalian. Semoga semua berhati-hati di jalan raya bagi sesiapa yang balik kampung.
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700 Betong, Sarawak
Email: ycb2408@gmail.com
No Tel/Fax: Tiada
Thursday, May 27, 2010
Selamat Gawai Dayak 2010
Tuesday, May 25, 2010
Menambahkan Keceriaan Sekolah
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh murid secara sendiri untuk membersih dan menceriakan kawasan jagaan kumpulan mereka. Inilah lanjutan dari Program Akademi Sifar Sampah, kategori kebersihan kawasan.
Selain kebersihan, keceriaan juga merangkumi markah yang tinggi.
Ahli kumpulan Teratai yang menjaga kawasan D (Pejabat Guru & Kuarter Staf) sedang berusaha mencantikkan taman bunga...
Semangat bekerjasama memang diperlukan...
Dua kumpulan yang terendah markah pada minggu lepas dihukum membersihkan kawasan pelupusan sampah.
Kumpulan yang dihukum ialah Kumpulan Mawar & Kumpulan Orkid.
Mencari Maklumat dari Google dengan lebih Selamat
Google menawarkan perkhidmatan baru pencarian maklumat yang akan melindungi tema pencarian anda dan menghalang hasil carian anda daripada dikesan / ditangkap oleh parti lain dalam rangkaian internet anda.
Sila mencari maklumat dengan menggunakan https://www.google.com, yang menggunakan teknologi SSL (Secure Sockets Layer) untuk mencapai maklamat ini.
Sunday, May 23, 2010
Accurate Pronunciation of English
Anyone who wish to learn about the accurate pronunciation of English language, may try to refer to the article below:
Teaching Accurate Pronunciation, by Keith W. Wright, from The Star Online, 23 May 2010.
Saturday, May 22, 2010
Konsert Akademi Sifar Sampah Kedua
Konsert Akademi Sifar Sampah Ke-2 telah diadakan pada pagi 21/05/2010. Sebanyak 5 calon telah disingkirkan pada minggu ini, iaitu:
- Cleopatra Senie (No. 13)
- Eviana Ritaza Sulah (No. 25)
- Kethren Mengan (No.26)
- Thierry Henry (No. 29)
- Fernandez Satt (No. 30)
Kepada calon yang tersingkir, berharap anda jangan putus asa, kerana undian masuk balik mungkin akan dibuat pada masa akan datang.
Kepada calon yang berjaya tinggal dalam akademi, tingkatkan usaha anda dan sentiasa bersiap sedia untuk penilaian oleh para hakim dari masa ke semasa.
30 calon bergambar sama sebelum konsert bermula...
Pengumuman keputusan undian SMS...
Persembahan lagu "Kebersihan 100 Persen"
Dari kiri: Cikgu Lena (Pengkritik Tetap), Cikgu Adi (Ketua Hakim), Cikgu Salleh (Pengkritik Tetap)
Sesi mengkritik: satu kali 5 calon...
Cik Sarimah selaku pengacara konsert...
Nyanyian "Jangan Pisahkan" sebelum sesi penyingkiran...
10 calon yang terendah markah dipanggil ke atas pentas, untuk mengumumkan 5 orang yang bakal keluar dari Akademi...
Tangisan calon yang sangka mereka disingkir, tangisan calon apabila diumumkan mereka benar-benar disingkir, dan tangisan calon lain yang melihat rakan mereka disingkir...
Upacara memegang bag bagasi: melambangkan mereka akan keluar dari akademi ini... Tetapi peluang masuk balik akademi masih ada (bergantung kepada keputusan pihak pengurusan sama ada hendak mengadakan sesi undian balik pada masa akan datang).
Ucapan Pengetua Akademi Sifar Sampah, En. Mokhzani Aris.
Thursday, May 20, 2010
Lagu Peyingkiran Akademi Sifar Sampah - Jangan Pisahkan
Satu lagu khas telah disediakan untuk calon yang tersingkir dalam Akademi Sifar Sampah (ASS), iaitu "Jangan Pisahkan". Asal lagu ini ialah "Jangan Pisahkan" nyanyian Deddy Dores & Mayang Sari, manakala Cikgu Adi (PK 1) telah menggubah sedikit lagu tersebut supaya sesuai dengan tajuk kebersihan.
JANGAN PISAHKAN
BIAR TERSINGGIR DI DALAM AKADEMI INI
AKU TETAP MEMEGANG JANJIKU PADAMU
BIAR KOTORAN YANG ADA DI SEKELILINGKU
TAK KAN GOYANG SEMANGAT JAGA KEBERSIHAN
KITA BAGAI KEMBANG DAN BUNGA
HATIKU BERSIH HATIMU JUA
NAMUN MENGAPA ADA SAJA
YANG KOTOR ALAM SEKITAR KITA
JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
TUHAN TOLONGLAH KU SAYANG DIA
BIARKAN KAMI BEKERJASAMA
DI DALAM AKADEMI INI
AH... AH... AH...
AH... AH... AH... AH...
BIAR TERSINGGIR DI DALAM AKADEMI INI
AKU TETAP MEMEGANG JANJIKU PADAMU
BIAR KOTORAN YANG ADA DI SEKELILINGKU
TAK KAN GOYANG SEMANGAT JAGA KEBERSIHAN
KITA BAGAI KEMBANG DAN BUNGA
HATIKU BERSIH HATIMU JUA
NAMUN MENGAPA ADA SAJA
YANG KOTOR ALAM SEKITAR KITA
JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
TUHAN TOLONGLAH KU SAYANG DIA
BAIRKAN KAMI BEKERJASAMA
DI DALAM AKADEMI INI
JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
TUHAN TOLONGLAH KU SAYANG DIA
BIARKAN KAMI BEKERJASAMA
DI DALAM AKADEMI INI
AH... AH... AH...
AH... AH... AH... AH...
JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
TUHAN TOLONGLAH KU SAYANG DIA
BIARKAN KAMI BEKERJASAMA
DI DALAM AKADEMI INI
Wednesday, May 19, 2010
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17/05/2010, Isnin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku",lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa", lagu "Guru Pendidik Kenyalang" & lagu "Guru Malaysia".
Selepas majlis sambutan di dewan, beberapa acara sukaneka padang diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru yang bermakna ini. Semua guru, staf sokongan dan pelajar Tahun 6 dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu Kumpulan BM, Kumpulan BI, Kumpulan Sains, dan Kumpulan Matematik.
Nyanyian lagu-lagu...
Nyanyian lagu-lagu...
Murid-murid....
Ucapan perasmian majlis, oleh Cikgu Adi Spaiee, PK 1.
Ucapan dari wakil pelajar, Adik Octavia Ranab.
Memotong kek...
Hadiah ikhlas dari para murid walaupun sebungkus Mee Sedap... :-D
Acara senam aerobik oleh pelajar Tahun 6, para guru & staf sokongan. Tapi nampaknya kurang guru & staf yang menyertainya, hanya kenampakan pelajar Tahun 6 yang dipaksa-paksa. (Tengok muka dah tahu) Cuaca panas alasannya...
Sukaneka 1: Meniup Belon.
Peserta dikehendaki meniup belon yang paling besar dalam masa 30 saat. Setiap kumpulan hantar 2 peserta, satu dari pelajar manakala satu dari staf.
Cikgu Adi Spaiee, PK1...
Tiup samapi pecah belon pula. Sorry, kumpulan anda sudah pasti kalah...
Sukaneka 2: Sambung bata. Tengok kumpulan mana yang paling cepat sampai destinasi.
Sambung bata ke sambut bata ??? Hmmm...
Sukaneka 3: Kereta Sorong.
Semua staf nampak happy bermain dalam game ni, cuma kasihan sikit murid tu... (Pandangan peribadi)
Sukaneka 4: Ping Pong dalam sudu.
Sukaneka 5: Sambut telur ayam. Kumpulan yang dapat menyambut telur ayam pada jarak yang paling jauh dikira menang. Cubaan banyak kali dibenarkan dengan 1 biji telur sahaja. Jika telur pecah, jarak yang dicapai sebelum itu diambil kira.
Tuesday, May 18, 2010
Sistem Penghakiman Akademi Sifar Sampah
Penilaian Program Akademi Sifar Sampah (ASS) dibahagi kepada 4 kategori utama, iaitu Penilaian Individu, Penilaian Kebersihan Kelas, Penilaian Kebersihan Asrama, dan Penilaian Kebersihan Kawasan. Penghakiman dilakukan oleh hakim yang berlainan untuk kategori berlainan.
Penilaian Individu:
Setiap kelas diwakili oleh 5 calon yang dipilih oleh guru kelas, dengan jumlahnya 30 calon yang akan bertanding untuk menjadi juara. Ini merupakan bahagian yang paling penting dalam Program ASS, penghakiman terhadap individu melibatkan para hakim dan para warga sekolah, di mana 60% dari para hakim manakala 40% dari undian SMS oleh para warga sekolah (menggunakan borang). 4 atau 5 calon yang rendah markah akan disingkirkan setiap dua minggu sehinggalah menghasilkan juara. Calon yang tersingkir mungkin masih mempunyai peluang untuk undian masuk balik Akademi, ini bergantung kepada keadaan pada masa akan datang. Setiap hari Jumaat akan diadakan Konsert ASS untuk mengumumkan keputusan SMS, dan para calon juga dikehendaki melatih menyanyi dan menari lagu tema ASS iaitu "Kebersihan 100 Persen". Satu lagi lagu bertajuk "Jangan Pisahkan" juga dilatih untuk dipersembahkan dalam Konsert ASS untuk calon yang disingkirkan. Penilaian dilakukan sebanyak 5 kali seminggu manakala undian SMS ialah 1 kali seminggu.
Pembahagian Markah Penilaian Individu (60%):
- Kebersihan Diri - 30%
- Pakaian - 25%
- Persekitaran Murid - 25%
- Tingkah Laku dan Penampilan - 20%
Penilaian Kebersihan Kelas:
Ini merupakan pertandingan antara kelas untuk memilih kelas yang paling bersih, sihat, dan ceria pada penghujung Program ASS. Penilaian dilakukan sebanyak 5 kali seminggu.
Pembahagian Markah Penilaian Kebersihan Kelas:
- Kebersihan Lantai - 20%
- Kebersihan Luar Kelas & Parit / Longkang - 15%
- Susunan Kerusi Meja - 15%
- Kebersihan Tingkap & Dinding - 15%
- Uniform Murid - 15%
- Keadaan Tong Sampah - 10%
- Keceriaan - 10%
Penilaian Kebersihan Asrama:
Ini merupakan pertandingan antara asrama lelaki dan asrama perempuan untuk memilih asrama yang paling bersih dan teratur pada penghujung Program ASS. Penilaian dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.
Pembahagian Markah Penilaian Kebersihan Asrama:
- Lantai - 20%
- Almari & Katil - 10%
- Tingkap & Dinding - 10%
- Tong Sampah - 10%
- Tandas - 15%
- Bilik Mandi / Air - 15%
- Beranda & Longkang - 10%
- Keceriaan - 10%
Penilaian Kebersihan Kawasan:
Kawasan sekolah dibahagi kepada 4 kawasan, iaitu Kawasan A (Blok Dewan Makan), Kawasan B (Blok Kelas), Kawasan C (Padang & Asrama), dan Kawasan D (Pejabat & Kuanters Staf). Semua murid dibahagi kepada 4 kumpulan, iaitu Kumpulan Kemboja, Kumpulan Orkid, Kumpulan Mawar, dan Kumpulan Teratai, untuk menjaga kebersihan setiap kawasan. Setiap kumpulan akan bertukar kawasan jagaan setiap bulan. Penilaian dilakukan sebanyak 3 kali seminggu untuk memilih kumpulan yang paling menjaga kebersihan.
Pembahagian Markah Penilaian Kebersihan Kawasan:
- Kebersihan Kawasan - 50%
- Keceriaan - 15%
- Kehadiran & Kerjasama Ahli Kumpulan - 25%
- Markah Merit (Bonus) / Dimerit: 10% (-10%)
Monday, May 17, 2010
Keputusan Undian SMS Akademi Sifar Sampah Minggu Pertama
Kedudukan Kod Calon Peratusan SMS Nama Murid
1 16 18.50% Mathius Holly
2 19 16.18% Celine Mary
3 5 10.98% Alis Mas Lin
4 18 8.09% Walter Darren
5 20 6.36% Maxglend Owen
6 21 5.78% Alice Mang
7 3 4.05% Rovena Florence
7 4 4.05% Jonathan Jubin
9 6 3.47% Fitimah
9 17 3.47% Octavia Ranab
11 8 2.31% Alesterboy Santap
12 10 1.73% Schmacher Meling
12 24 1.73% Jeffry Jelian
12 27 1.73% Belonia Biah
15 1 1.16% Mark Webber
15 2 1.16% Hossana Evelyn
15 7 1.16% Urmila Entuyan
15 11 1.16% Deyrellena Ninny
15 12 1.16% Veronica Sendor
15 23 1.16% Jeaniffer Simai
15 28 1.16% Sylvia
15 30 1.16% Fernandez Satt
23 9 0.58% Angela Lata Sawai
23 22 0.58% Madline Bisy
23 25 0.58% Eviana Ritaza Sulah
23 29 0.58% Thierry Henry
27 13 0.00% Cleopatra Senie
27 14 0.00% Saluna
27 15 0.00% Roselind Nain
27 26 0.00% Kethren Mengan
Ganjaran KPI Guru
Sempena Hari Guru, kerajaan mengumumkan ganjaran kepada pengetua, guru besar, dan guru jika sekolah berjaya melonjakkan prestasi sekolah mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) mulai tahun ini.
Sila merujuk kepada link ini untuk informasi lanjut.
Sunday, May 16, 2010
Friday, May 14, 2010
Konsert Pertama Akademi Sifar Sampah
Konsert Akademi Sifar Sampah kali pertama, atau lebih dikenali sebagai Prelude Konsert telah diadakan pada pagi hari ini. Undian SMS (borang) juga diadakan kali pertama untuk mengetahui pupulariti calon-calon terpilih, tetapi tiada calon yang akan disingkirkan pada hari ini. Persembahan lagu & tarian lagu tema iaitu "Kebersihan 100 Persen" juga kali pertama dipersembahkan di atas pentas.
Calon-calon Akademi duduk di bahagian depan...
Ucapan dari Cikgu Adi, selaku Ketua Hakim...
Pengacara, Cik Sarimah memperkenalkan sekali lagi nama calon-calon dan nombornya...
Persembahan tarian Kebersihan 100 Persen. Tarian ini direka oleh En. Jeffrey Gresak Bruin & Pn. Maureen Edi.
Thursday, May 13, 2010
AJK Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Ahli Jawatankuasa
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Sk. Saint John, 2010
Tarikh Sambutan : 17 Mei 2010 (Isnin)
Pengerusi: En. Stephen Lansing - Guru Besar
N. Pengerusi: En. Adi Spaiee - Penolong Kanan
Penyelaras: En. Lena Hj. Kaha - Pen. Kanan KK
Setiausaha: Pn. Doria Wilson Kawi
Bendahari: Pn. Elizabeth Ijau
Ahli-ahli: Semua Guru dan Staf Sokongan
1. AJK Protokol:
- En. Adi Spaiee
- En. Uding Chungak
2. AJK Sukaneka:
- En. Wan Bujang (Ketua)
- Cik Sarimah Mentaim
- En. Mokhzani Aris Hj. Morni
3. AJK Hadiah:
- Pn. Elizabeth Ijau (Ketua)
- En. Uding Chungak
4. AJK Persembahan / Senamrobik:
- En. Jeffrey Gresak Bruin (Ketua)
- Pn. Maureen Edi
5. AJK Persiapan Pentas / Jurukamera:
- En. Lai Nan Fatt (Ketua)
- En. Mawan Garai
6. AJK Siaraya / Pengacaraan (Juruacara):
- En. Limbab German (Ketua)
- En. Dunstan Christopper Gissong
7. AJK Displin / Persiapan Murid:
- Cik Bau Richard (Ketua)
- En. Abg Dzulkarami
8. AJK Kebersihan / Keselamatan:
- En. Johnathan Suin Ngabong (Ketua)
- En. Larry Gamon
- En. Ahmad Zaidi Dahli
9. AJK Jamuan:
- En. Salleh Hj Ismail (Ketua)
- En. Wan Malek W. Othman
- Cik Wan Norulhuda Wan Mahmood
- Pn. Raisah Husaini
- Pn. Patricia Kelimah ak Dana
- Pn. Lian Langu
- En. Jefrrey Grifin Drai
- Pn. Helen Bejau Lemada
SELAMAT HARI GURU
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru 2010
Sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah akan diadakan pada 17 Mei 2010, hari Isnin. Berikut merupakan aturcara majlis:
0700 - Murid-murid mengambil tempat masing-masing
0745 - Ketibaan Guru Besar, Guru-guru, dan para jemputan
0800 - Nyanyian Lagu-lagu:
1. Negaraku
2. Lagu Tema Hari Guru 2010
- Guru Pembina Negara Bangsa
3. Lagu Pendidik Bumi Kenyalang
4. Lagu Guru Malaysia
- Ucapan Guru Besar - seterusnya perasmian majlis
- Ucapan / amanat warga pendidik Sk St John (jika ada)
- Bacaan perutusan-perutusan
- Ucapan dari wakil murid
- Upacara Khas Memotong Kek Hari Guru
- Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku
- Senam Robik
- Sukaneka
- Meranau
SELAMAT HARI GURU
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Tuesday, May 11, 2010
Perutusan Hari Guru 2010 (Menteri Pelajaran)
Link berikut merupakan Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran, Y.A.B. Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin.
Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran.
Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran.
Friday, May 7, 2010
Penyelenggaraan VSAT
SchoolNet telah menghadapi masalah pencapaian internet yang sangat lambat sejak kebelakangan 1 bulan ini, dan sering langsung tidak dapat melayari internet pada hari siang terutamanya waktu pejabat. Setelah mengadu kepada pihak GiTN, juruteknik dari vendor Jaring telah datang ke sekolah untuk meneliti masalah yang dihadapi.
Juruteknik tersebut telah datang ke sekolah pada 20 April 2010. Walaupun internet pada masa itu sudah pulih, tetapi internet masih tidak mengizinkan juruteknik tersebut untuk berinteraksi dengan pihak di Kuala Lumpur.
Kemudian, juruteknik tersebut datang lagi ke sekolah pada 7 May 2010 untuk meneruskan kerjanya. Koordinat piring VSAT telah diatur semula supaya lebih tepat dengan kedudukan satelit.
Keadaan internet selepas itu menunjukkan signal yang lebih bagus, tetapi juruteknik tersebut juga mengaku keadaan capaian internet pada waktu pejabat memang sangat lambat dan tiada apa-apa langkah yang boleh dilakukan setakat ini.
Pada 20 April 2010....
Pada 20 April 2010...
Pada 7 May 2010...
Subscribe to:
Posts (Atom)