Wednesday, October 7, 2009

Persediaan untuk Hari Sukan

Sukan Tahunan sekolah akan tiba dalam masa kurang daripada 10 hari! Semua pihak yang terlibat telah pun berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan sukan ini. Pelbagai AJK Sebelum, Semasa, dan Selepas Sukan telah ditubuhkan supaya kerja-kerja dapat dibahagikan dengan teratur.

Padang sekolah dibersih dan diselengarakan. Pelajar-pelajar juga berlatih pada sebelah petang setiap hari
supaya dapat meningkatkan prestasi masing-masing, dengan harapan untuk merebut kejohanan ini.

Antara acara yang akan dipertandingkan ialah:
1) 60m
2) 100m
3) 200m
4) 4 x 100m
5) 4 x 200m
6) Lompat Tinggi
7) Lompat Jauh
8) Lontar Perluru

DAN

Acara terbuka untuk PIBG ialah:
1) Sepak Takraw
2) Bola Sepak
3) Lontar Peluru
4) 100m (L/P)

Padang sekolah yang dalam proses penyelenggaraan.


Pelajar sedang mendengar penerangan dari pelatih rumah sukan.


Ermm...apa mereka buat? Sedang berlatih lompat jauh...

Membuat senaman dahulu sebelum aktiviti padang.

No comments:

Post a Comment