Rombongan seramai 37 orang termasuk 23 orang murid dan 14 orang staf pengiring telah mengikuti lawatan ini. Antara 23 orang murid, 21 orang ialah murid Tahun 6 manakala 2 orang lagi ialah calon Tahun 5 yang menduduki ranking top 5 dalam Akademi Sifar Sampah, dimana antara hadiah dari akademi termasuklah mengikuti Lawatan Sambil Belajar Tahun 6. Antara 14 orang staf pengiring pula, ia terdiri daripada 7 orang guru, 5 orang staf sokongan, dan 2 orang dari ahli PIBG iaitu YDP PIBG dan seorang Exco-PIBG, juga selaku ibubapa murid Tahun 6.
Bergambar sebelum bertolak...
Semua murid dan sesetengah guru bertolak dari sekolah pada 6.30am dan berkumpul di Simpang Layar pada 7.30am. Mengikut rancangan, kita perlu memulakan perjalanan pada 7.30am, tetapi van yang dicatar telah rosak dan tidak dapat datang pada masa yang ditetapkan. Oleh itu, semua orang terpaksa menunggu van tersebut dan bertolak lambat. Rombongan akhirnya berkeputusan untuk bertolak lebih awal pada 9.00am manakala murid dan staf yang memakai van tersebut terpaksa bertolak pada 10.00am.
Destinasi pertama: Ranchan Resort, Serian.
Destinasi yang pertama ialah Ranchan Resort di Serian, semua orang bersinggah untuk memakan tengah hari yang dibungkus dari sekolah. Orang yang awal sampai mempunyai masa rehat yang lebih banyak sementara menunggu kesampaian van.
Oleh kerana kita bertolak lewat dari Betong, destinasi ke Kampung Budaya terpaksa dibatalkan kerana tidak sempat sampai ke sana sebelum masa persembahan. Kampung Budaya diaturkan dalam rancangan hari pertama kerana hujung minggu ini, Kampung Budaya akan mengadakan Rainforest Music Festival 2010, dimana tiket masuk adalah pakej 3 hari yang jauh lebih mahal berbanding hari biasa.
Dengan ini, rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya iaitu Kilang F&N dan Coca-cola.
No comments:
Post a Comment