Thursday, July 29, 2010

SKMM: Waspada E-Mel Palsu LHDN

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan e-mel palsu daripada pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengkembalikan lebihan bayaran cukai. 

Untuk berita selanjutnya, ikuti link ini. 



 

Tuesday, July 27, 2010

Tinjauan SchoolNet Dari Jaring

SchoollNet telah down beberapa kali pada minggu lepas terutamanya pada sebelah malam 18/07/2010, 19/07/2010 dan 20/07/2010. Aduan telah dibuat terhadap pihak GiTN pada pagi 19/07/2010, dan pihak Jaring telah menghantar orang untuk memeriksa SchoolNet pada tengah hari 23/07/2010.

Pihak Jaring hanya dapat mengesahkan server mereka yang bermasalah pada 18/07/2010, tetapi tidak dapat mengesan masalah down yang berlaku pada malam 19/07/2010 dan 20/07/2010.

Sayang sekali juga, tiada apa-apa langkah yang boleh dilakukan terhadap SchollNet yang lambat terutamanya waktu pejabat. Upgrade kelajuan internet dari pihak Jaring sedang dalam proses perbincangan dengan Kementerian Pelajaran, dan hanya dapat dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan mendapat peruntukan kewangan dari pihak kementerian.

En Azmi Shariffudin, Project Executive dari Jaring sedang memeriksa Modem VSAT...

Friday, July 23, 2010

Sesi Perbincangan Akademi Bersama IbuBapa/Penjaga Murid Tahun 4 Hingga Tahun 6

Satu sesi perbincangan prestasi akademi bersama ibubapa/penjaga telah diadakan pada pagi 23/07/2010 di dewan sekolah. Ibubapa/Penjaga murid Tahun 4 sehingga Tahun 6 dijemput hadir untuk mendengar ceramah tentang peranan ibubapa/penjaga dalam membantu meningkatkan prestasi akademi anak-anak mereka semasa anak mereka pulang ke rumah panjang pada hujung minggu.

Selain itu, ibubapa/penjaga juga berpeluang untuk mengetahui perkembangan prestasi akademi terkini anak mereka terutama yang akan menduduki peperiksaan UPSR bulan September ini nanti. Sesi soal jawab juga diadakan pada penghujung taklimat untuk sebarang pertanyanan.

Taklimat dari PK HEM, Cikgu Salleh, tentang peranan ibubapa/penjaga semasa anak mereka berada di rumah pada hujung minggu; dan kepentingan ibubapa/penjaga menyediakan peralatan alatulis dan pakaian segaram yang sempurna supaya anak mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa.

PK Kanan, Cikgu Adi menerangkan tentang perkembangan prestasi akademi murid-murid Tahun 4 sehingga Tahun 6; dan memberitahu ibubapa/penjaga mana satu subjek kritikal yang perlu memberi perhatian terhadap anak mereka.

Para ibubapa/penjaga yang hadir...

Taklimat akhir dari Guru Besar, Cikgu Stephen membuat kesimpulan terhadap taklimat sesi ini; dan juga mengumumkan beberapa perkara yang berkaitan dengan sekolah dan PIBG. Guru Besar kemudian juga mempengerusikan sesi soal jawab.

Thursday, July 22, 2010

Dewan Negara: Teacher Professionalism Standard To Be Introduced Next Year

The Education Ministry will introduce the Teacher Professionalism Standard next year to beef up the education system and equip teachers in line with the New Economic Model.

Deputy Education Ministry Datuk Dr Wee Ka Siong said the standard would be based on trainee teachers slection, pre-service training, teacher's placement, professional induction and continuous professional development.

Click here for more details.

Monday, July 19, 2010

Friday, July 16, 2010

Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM 2010

Majlis Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah sempurna diadakan pada 16/07/2010. Semua pelajar dari Tahun 2 sehingga Tahun 6 layak menerima bantuan ini kecuali 3 pelajar yang mendapat bantuan E-Kasih. Pelajar Tahun 1 pula hanya layak menerimanya pada tahun depan.

Sebelum pemberian duit KWAPM, satu taklimat telah diberikan kepada ibubapa / penjaga tentang tujuan KWAPM ini dan berharap ibubapa / penjaga menggunakan duit tersebut ke atas perkara yang benar-benar membantu pelajaran pelajar, contohnya membeli alat tulis atau pakaian seragam pelajar.

Guru Besar juga mengambil kesempatan ini untuk menerangkan keadaan bekalan elektrik sekolah, dimana bermula bulan Julai 2010, bekalan minyak untuk generator elektrik sekolah hanya 14.5 jam sehari berbanding dengan 24 jam sehari sebelum ini.


Taklimat dari Guru Besar...

Taklimat dari Penolong Kanan 1...

Taklimat dari Penolong Kanan HEM...

Ibubapa / Penjaga yang hadir...

Cikgu Dunstan menyerahkan duit KWAPM kepada salah seorang pelajarnya...

Keadaan di kelas Tahun 2....

Wednesday, July 14, 2010

Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah @ 14/07/2010

Salah satu daripada Program Akademi Sifar Sampah, penjagaan kebersihan kawasan sekolah mengikut kumpulan pada setiap petang...

Mencabut rumput di taman bunga...







Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2010 @ Hari Terakhir 11/07/2010

Selepas sarapan, kami melawat ke Serikin.

Di pasar Serikin...

Selepas itu, rombongan meneruskan perjalanan ke Jong's Crocodile Farm.

Dalam Jong's Corcodile Farm...

Selepas makan tengah hari di Serian, rombongan pun bertolak balik ke Betong dan pulang ke sekolah. Maka, berakhirlah lawatan ke Kuching selama 4 hari 3 malam ini. Semoga pelajar-pelajar boleh mendapat faedah daripada lawatan sambil belajar ini.


Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2010 @ Hari Ketiga 10/07/2010

Pada pagi hari ketiga, kami telah berkunjung ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Bergambar di luar DUN sebagai kenangan...

Dalam DUN...

Di tingkat bawah DUN, sebelum keluar...

Di pintu masuk DUN...

Selepas itu, kami bertolak ke Muzium Kucing yang terletak di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Sebelum makan tengah hari, rombongan sempat membawa murid melawat pantai supaya mereka boleh menyaksikan pemandangan pantai, dimana kawasan pantai dikira agak jauh bagi pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman.

Pelajar main dengan seronok di pinggir pantai...

Pada sebelah petang, kami berkunjung ke Indian Street dan Waterfront.


Pada lewat petang dan malam, kami menghabiskan masa di Sunday Market (pasar tani & pasar malam) yang terletak di Satok.


Tuesday, July 13, 2010

Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2010 @ Hari Kedua 09/07/2010

Rombongan terus berkunjung ke tempat-tempat yang menarik pada hari kedua. Selepas sarapan, kami terus menuju ke Planetarium Sultan Iskandar.

Sesi bergambar sebelum masuk ke Planetarium...

Aktiviti dalam Planetarium....

Selepas itu, kita menuju ke Muzium Sarawk.

Sesi bergambar sebelum masuk ke Muzium...

Selepas makan tengah hari, kami berkunjung ke RTM, Cawangan Kuching. Tujuan utama adalah melihat siaran langsung station radio Wai FM, di mana Wai FM merupakan pilihan pertama station radio di kalangan bangsa Iban.

Lawatan ke pentas siaran langsung TV RTM...

Dalam siaran langsung Sarawak FM, dan berkunjung ke pejabat Wai FM...

Gambar bersama DJ...

Menerima cenderamata dari pihak RTM...

Sesi bergambar di luar RTM...

Pada sebelah malam, kami telah berkunjung ke pusat membeli-belah The Spring, dan murid-murid juga berpeluang untuk menonton wayang di pangung wayang MBO.

Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 2010 @ Hari Pertama 08/07/2010

Salah satu aktiviti tahunan sekolah yang penting iaitu Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 pada tahun ini telah dijalankan pada 08/07/2010 sehingga 11/07/2010. Destinasi lawatan adalah melawat ke bandaraya Kuching. Lawatan pada tahun ini ada sedikit berbeza kerana masa diawalkan ke tarikh sebelum peperiksaan UPSR berbanding dengan diadakan selepas UPSR pada tahun-tahun yang lepas.

Rombongan seramai 37 orang termasuk 23 orang murid dan 14 orang staf pengiring telah mengikuti lawatan ini. Antara 23 orang murid, 21 orang ialah murid Tahun 6 manakala 2 orang lagi ialah calon Tahun 5 yang menduduki ranking top 5 dalam Akademi Sifar Sampah, dimana antara hadiah dari akademi termasuklah mengikuti Lawatan Sambil Belajar Tahun 6. Antara 14 orang staf pengiring pula, ia terdiri daripada 7 orang guru, 5 orang staf sokongan, dan 2 orang dari ahli PIBG iaitu YDP PIBG dan seorang Exco-PIBG, juga selaku ibubapa murid Tahun 6.


Bergambar sebelum bertolak...

Semua murid dan sesetengah guru bertolak dari sekolah pada 6.30am dan berkumpul di Simpang Layar pada 7.30am. Mengikut rancangan, kita perlu memulakan perjalanan pada 7.30am, tetapi van yang dicatar telah rosak dan tidak dapat datang pada masa yang ditetapkan. Oleh itu, semua orang terpaksa menunggu van tersebut dan bertolak lambat. Rombongan akhirnya berkeputusan untuk bertolak lebih awal pada 9.00am manakala murid dan staf yang memakai van tersebut terpaksa bertolak pada 10.00am.

Destinasi pertama: Ranchan Resort, Serian.

Destinasi yang pertama ialah Ranchan Resort di Serian, semua orang bersinggah untuk memakan tengah hari yang dibungkus dari sekolah. Orang yang awal sampai mempunyai masa rehat yang lebih banyak sementara menunggu kesampaian van. 

Oleh kerana kita bertolak lewat dari Betong, destinasi ke Kampung Budaya terpaksa dibatalkan kerana tidak sempat sampai ke sana sebelum masa persembahan. Kampung Budaya diaturkan dalam rancangan hari pertama kerana hujung minggu ini, Kampung Budaya akan mengadakan Rainforest Music Festival 2010, dimana tiket masuk adalah pakej 3 hari yang jauh lebih mahal berbanding hari biasa.

Dengan ini, rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya iaitu Kilang F&N dan Coca-cola.

Sebelum masuk ke kilang, semua diminta membalut rambut supaya menjaga kebersihan dalam kilang.

Sesi gambar selepas kelaur dari kilang F&N...

Pada sebelah malam, rancangan untuk ke Waterfront terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. Rombongan bertukar destinasi ke Wisma Satok.


Wednesday, July 7, 2010

Konsert Akademi Sifar Sampah Ke-3 @ 02/07/2010

Konsert Akademi Sifar Sampah Ke-3 telah berjaya dilangsungkan pada 02/07/2010. Seramai 25 calon yang berjaya memasuki pusingan ini telah bersiap sedia untuk persembahan pada pagi ini.

Tema pakaian konsert pada konsert ini ialah pakaian kemas pergi ke pasar. Oleh itu, kesemua calon tidak berpakaian baju sekolah pada hari ini, namum begitu terdapat segelintir calon yang berpakaian pakaian seragam sekolah kerana tidak bersedia.

Seperti konsert yang lepas, 5 calon yang markah terendah terpaksa disingkirkan. Calon yang tersingkir pada minggu ini ialah:
  1. Jeanifer Simai (No. 23)
  2. Madline Bisy (No. 22)
  3. Urmila Entuyan (No. 7)
  4. Deyrellena Ninny (No. 11)
  5. Sylvia (No. 28)


Kesemua calon berada di atas pentas, bersedia untuk nyanyian lagu tema...

Calon di atas pentas bersedia untuk mendengar dan membalas kritikan dari para hakim.
Dari Kiri: Alis Mas Lin (No.5), Jonathan Jubin (No.4), Rovena Florence (N0. 3), Hosanna Evelyn (No.2), manakala No.1 Mark Webber tidak hadir.

Dari kiri: Schmacher Meling (No.10), Angela Lata Sawai (No.9), Alesterboy Santap (No.8), Urmila Entuyan (No. 7), Fitimah (No.6).

Dari kiri: Mathius Holly (No.16), Roselind Nain (No. 15), Saluna (No. 14), Veronica Sendor (No. 12), Deyrellena Ninny (No. 11).

Dari kiri: Alice Mang (No.21), Maxlend Owen (No.20), Celine Mary (No.19), Walter Darren (No.18), Octavia Ranab (N0.17).

Dari kiri: Sylvia (No.28), Belonia Biah (No. 27), Jeaniffer Simai (No.23), Madline Bisy (No.22), manakala Jeffry Jelian (No.24) tidak hadir.

Calon-calon yang berkemungkinan disingkirkan...

Sedih kerana mungkin keluar dari akademi ini...

Calon yang tersingkir: Simai, Bisy, Urmila, Ninny, & Sylvia.

Para guru dan staf sedang mengira jumlah undi untuk minggu ini...

2 calon dari Tahun 5 yang berada pada ranking top 5 minggu ini berpeluang mengikuti Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 Ke Bandaraya Kuching pada 08 Julai 2010 hingga 11 Julai 2010.
Tahniah diucapkan kepada Adik Fitimah dan Adik Alis Mas Lin.