Friday, January 29, 2010

Minggu Orientasi - Hari Ketiga

Pada hari ketiga minggu orientasi, tajuk ceramah ke-2 ialah Peraturan Asrama, disampaikan oleh Warden, Cikgu Bau Richard.

Ceramah 2: Peraturan Asrama, oleh Waden, Cikgu Bau Richard....




Riadah pada sebelah petang yang sepatutnya diadakan pada padang sekolah dibatalkan kerana hujan. Acara riadah ditundakan untuk besok hari. Acara ditukar kepada senaman aerobik yang diketuai oleh PPM, Pn. Maureen, berlangusng di Grandstand. Tidak kurang juga berkali-kali mengulangi tarian "Chicken Dance" yang muncul popular pada dua tiga hari ini. Tarian Ayam yang lucu dan senang dipelajari mudah diserap ke minda pelajar, dan mereka dapat menangkap langkah-langkahnya dengan betul dalam masa singkat. Sekarang, Chicken Dance ini telah mengjadi acara yang semestinya yang perlu ditarikan pada senaman pagi dan senaman petang.

Selepas ceramah, mari kita menari.....

Para pengajar...

Kak Sarimah, Cikgu Norul, Pn Maureen, En Zaidi...

Senaman aerobik...


Pada sebelah malam, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ke-2 digabungkan dengan LDK ke-3 yang sepatutnya diadakan pada Khamis malam. Ini kerana pihak urusetia telah memikirkan idea lain yang lebih menarik untuk memeriahkan malam orientation yang terakhir. LDK 2 ialah PengurusanDiri & Asrama. Pengurusan Diri termasuklah pengurusan yang perlu dijalankan pada sebelah pagi, pada sebelah tengah hari, dan pada sebelah petang dan malam. Perkara yang ditekankan ialah cara mencuci pakaian, cara mandi, cara menglipat pakaian & selimut. Pelajar juga diminta membawa baju & seluar mereka untuk berlatih cara menlipat pakaian dengan betul & kemas. Pengurusan Asrama pula merangkumi cara-cara mengemaskan asrama; perletakan pakaian basah, pakaian kering, kasut & selipar; dan juga peraturan asas seperti menutup lampu dan kipas sebelum keluar.

LDK 3 pula ialah Pengurusan sekolah & Pengurusan Dewan Makan. Pengurusan Sekolah termasuklah memastikan kebersihan luar & dalam kelas, dan menutup lampu & kipas semasa meninggalkan kelas. Pengurusan Dewan Makan pula merangkumi kebersihan dewan makan: jangan bising; cuci tangan, pinggan, sudu, & cawan sehingga bersih.

Fasilitator kumpulan masing-masing menunjukkan cara melipat baju, seluar, dan selimut...


No comments:

Post a Comment