Untuk hari ke-4, ceramah ke-3 yang disampaikan oleh Waden, Cikgu Limbab ialah pasal Peraturan Sekolah Dan Keselamatan. Cerita dan contoh lucu yang disampaikan oleh Cikgu Limbab berjaya menarik perhatian pelajar untuk mendengar ceramahnya dengan teliti. Ceramah ini juga menfokus kepada pelajar Tahun 6 dan Tahun 5, kerana merekalah golongan yang selalu melanggar peraturan sekolah dan selalu membuat hal.
Acara riadah pada sebelah petang ialah “Si buta, bisu dan tempang”. Setiap kumpulan perlu ada seorang yang buta (menutup mata dengan kain), bisu (menutup mulut dengan kain), tempang (2 murid mengikat kaki dengan kain). Fasilitator setiap kumpulan akan member arahan kepada murid. Pengajaran yang ingin disampaikan ialah murid perlu memberikan kerjasama yang terbaik untuk mencapai kemenangan bagi setiap kumpulan; dan murid perlu menyedari kelebihan dan kelemahan masing-masing. Oleh kerana kesuntukan masa, acara riadah “Radio Buruk” tidak dapat dijalankan. Sementara itu, pakcik sekolah, pegawal, dan pekerja kebersihan swasta sudah mula menyediakan bahan untuk aktiviti malam ini.
Acara malam dimulakan denganPenghayatan Diri, ditangani oleh En. Aris. Semua pelajar diminta tundukkan kepala, dan menutup mata masing-masing. Dikelilingi muzik yang soft dan menyedihkan, semua pelajar dibawa ke alam imaginasi tentang kisah pemergian kedua-dua ibu bapa. Akhirnya matlamat tercapai dengan tanggisan beberapa pelajar perempuan dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ada juga murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang menganggis, mungkin kerana rindui ibubapa mereka, atau terikut-ikut dengan pelajar lain. Selepas itu, semua pelajar diingatkan supaya menghormati dan menyayangi orang tua mereka.
Acara diteruskan dengan penyalaan unggun api. Ia dinyalakan dengan cara yang amat istimewa, dimana api dinyalakan di atas granstand dan ia berterbang sendiri ke unggun kayu tersebut. Semua pelajar dan staf mengelilingi unggun api tersebut dan mula menyanyi dan menari. Kemudian diteruskan dengan acara karaoke, setiap kumpulan diminta menghantar 1 lelaki dan 1 perempuan untuk menyampaikan lagu. Lagu "Yang" yang agak popular sekarang menjadi pilihan utama mereka.
Nasib baik ada bersedia khemah untuk PA system, kerana hujan turun juga pada lebih kurang pukul 8 malam...