Sunday, November 22, 2009

Majlis Perpisahan Tahun 6

Satu Majlis Makan Malam Perpisahan Tahun 6 telah diadakan pada malam 19/11/2009. Semua ibubapa kepada pelajar Tahun 6 dan exco PIBg dijemput hadir pada majlis ini.

Majlis juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Badminton Terbuka Sk St John.

YDP PIBG, Pn Alex dalam ucapannya menyarankan pelajar tahun 6 yang akan melanjutkan kehidupan persekolahan di sekolah menengah supaya terus mengejar ilmu untuk masa depan masing-masing, dan jangan berputus asa dalam apa jua keadaan.

Majlis diteruskan dengan acara karaoke lagu sponsor dan tidak kurang juga berjoget-joget...
Semua orang sangat happy kerana keputusan UPSR yang cermelang. Sesetengah guru mata pelajaran memberi insentif kepada pelajar yang mendapat "A" seperti yang dijanjikan sebelum peperiksaan. Guru besar juga memberi insentif RM230.00 kepada semua pelajar tahun 6 (terdapat 23 pelajar & setaip orang dapat RM10.00) sebagai ganjaran usaha mereka dalam UPSR kali ini.

Majlis ditamatkan pada pukul 3 pagi...

Dapur: sediakan makanan untuk majlis makan malan nanti, dibantu oleh pelajar perempuan tahun 6 dan ibu-ibu sekalian, setelah habis sukaneka...


Panggang untuk makan malam nanti, diurus oleh exco PIBG dan bapa-bapa sekalian....

Nyaman......

Sedang menunggu ketibaan guru besar dan YDP PIBG untuk memulakan majlis.

Saat terakhir bagi budak-budak Tahun 6 untuk bersama-sama dengan cikgu dan kawan-kawan lain.

Semua sudah kelaparan, pukul 9 lebih tapi belum lagi mula makan...

Budak-budak Tahun 6 sedang meneliti slip keputusan UPSR masing-masing. (Malam baru dapat slip keputusan, tengah hari sudah tahu keputusan tetapi belum lagi mengambil slip tersebut)

Joget, jangan tak joget!!
Semua murid Tahun 6, guru-guru, staf sokongan, Exco PIBG, ibubapa kepada murid Tahun 6, bersama-sama berjoget, dan berkaraoke...

No comments:

Post a Comment