2 orang pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia telah datang ke sekolah pada hari ini untuk pemantauan Program LINUS (Literasi dan Numerasi) yang khas untuk murid Tahun 1.
Program LINUS bermatlamat untuk memastikan murid-murid yang memasuki Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca (literasi) dan mengira (numerasi).
Pegawai yang melawat ialah:
1. Chan Kiat Leong - Nazir Sekolah, JNJK Cawangan Miri
2. Bakar Bin Ahim - Nazir Sekolah, JNJK Sarawak
3. Salihin Bin Eli - Penolong Penyelia HEM, PPD Betong
Seorang pegawai Nazir (kiri) sedang menguji kemahiran membaca dari seorang murid...
Memantau proses pelaksanaan...
Beberapa murid yang terplih untuk diuji kemahiran matematik...
Taklimat dari pegawi Nazir. Turut hadir: Guru Besar, PK 1, PK HEM, PK KK, Guru Bahasa Melayu Tahun 1, Guru Matematik Tahun 1, Ketua Panitia Matematik, Guru Kelas Pemulihan.