Sunday, April 25, 2010

Improve Your Pronunciation

Untuk memperbaiki sebuatan perkataan Bahasa Inggeris, link berikut untuk sebuah artikel dalam The Star mungkin dapat membantu sedikit. Clik sini.

Friday, April 23, 2010

Laman Web Sekolah

Fasilitator Schoolnet telah membina satu laman web untuk sekolah. Alamat web adalah seperti berikut:


Sila melayarinya untuk lebih mengenali sekolah, dan mengetahui perkara semasa yang berlangsung di sekolah. Walaupun begitu, website masih dalam proses pembinaan dan maklumat belum lengkap dipaparkan.

Thursday, April 22, 2010

Dam Air yang Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa dam air sekolah telah bertukar ke lokasi baru. Dipercayai dam air ini akan dapat menampung kadar penggunaan air yang semakin meningkat di sekolah, dan dapat menangani masalah ketiadaan air pada musim kemarau.

Dam air yang dinanti-nantikan telah siap dibina pada 27/03/2010 setelah beberapa kali gotong-royong sejak awal tahun ini, manakala penyambungan paip terakhir yang menyambungkan paip baru dan paip lama telah berjaya dilaksanakan pada 21/04/2010. Isu tentang dam baru sebelum pembinaan berjaya diatasi seperti masalah lokasi, masalah laluan tanah kawasan kampung, masalah kewangan, masalah hari gotong-royong, dan sebagainya. Ini adalah hasil usaha pihak pentadbir sekolah, PIBG, dan penduduk setempat.

Sekarang, semua warga Sk St John dapat menikmati air yang lebih bersih dan terjamin penawarannya. Penyambungan paip ke asrama baru juga akan dilakukan dalam masa yang tersingkat supaya pelajar asrama dapat menikmati infrastruktur ini.

Staf Sekolah Menyertai Kempen Derma Darah

Beberapa staf SK St John telah menyertai Kempen Derma Darah anjuran Hospital Betong di Klinik Kesihatan Nanga Tiga, pada pagi ini (22/04/2010).



Senarai staf yang menyertai adalah seperti berikut:
1. Cik Sarimah
2. Pn Lian
3. En Ahmad Zaidi
4. En Wan Malek
5. En Limbab

Sumbangan mereka amat dihargai.

Friday, April 16, 2010

Perpindahan ke Asrama Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar asrama Sk St John telah berpindah ke asrama baru pada hari Khamis, 15 April 2010.

Keadaan asrama sebelum pelajar pindah masuk, dan pandangan luar asrama.

Sebelum berpindah, taklimat oleh PPM, dan bacaan doa diketuai Cikgu Johnathan.

Memindah barang-barang terutamanya tilam & pakaian ke asrama baru.


Masuk satu per satu, supaya Waden & PPM memberitahu nombor almari pelajar mengikut senarai yang ditetapkan.

Menyusun barang & pakaian ke almari masing-masing, dibantu oleh pengawas.


 
Pengaturan tempat tidur, supaya pengawas berada di setiap penjuru dan tengah-tengah untuk menudahkan kerja menjaga & mengawal, & supaya pelajar bercampur-gaul dengan pelajar dari kelas lain yang bukan sama umur.

Dalam asrama perempuan...

Pada malam pertama....

Thursday, April 15, 2010

Kempen Derma Darah

Satu Kempen Derma Darah akan di Klinik Nanga Tiga, meklumat lanjut adalah seperti berikut:

Anjuran: Hospital Betong
Tarikh: 22 April 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Klinik Kesihatan Nanga Tiga

Dijemput datang beramai-ramai.

Thursday, April 8, 2010

Program Akademi Sifar Sampah

Satu program yang bertajuk "Akademi Sifar Sampah" peringkat sekolah akan diadakan pada sepanjang bulan Mei. Pertandingan ini berlandaskan Akademi Fantasia yang sangat popular, dimana terdapat barisan hakim dan pengkritik. 

Sila nantikan kedatangannya....