Pada awal pagi, pelajar diarahkan untuk membersihkan kipas asrama dan mengutip sampah di sekeliling sekolah.
Selepas itu, pelajar disuruh membersihkan kawasan pelupusan sampah. Ini kerana pelajar selama ini jarang membuang sampah betul-betul di kawasannya.
Pelajar disuruh membersihkan jalan yang menuju ke kawasan pelupusan sampah.
Kemudian, pelajar lelaki diminta mengangkut pasir dan batu dari sungai, untuk membina jalan ke kawasan pelupusan sampah. Semua pelajar yang terlibat selepas itu dibelanja air Cola oleh waden.
Untuk ibu bapa, sebahagiannya dibahagikan kerja untuk membina sebuah tandas untuk pra-sekolah. Stor dalam bilik pra diubahsuaikan sebagai tandas, ini akan memudahkan pelajar pra-sekolah supaya tidak perlu jalan ke tandas pelajar yang agak jauh dari bilik pra.
Para bapa membuat konkrit simen manakala para ibu mengangkut konkrit tersebut ke tandas baru...
*Tiada gambar untuk keadaan gotong-royong di dump air kerana tempatnya jauh dari sekolah, tetapi sana melibatkan lebih banyak para ibu bapa kerana ia merupakan projek yang besar.